Tatkala cermin pusaka terbuka oleh rahsia yang telah lama terpendam, Mawar Inara, gadis dari zaman alaf, terjerumus ke sebuah alam silam, bumi Melayu yang masih utuh adatnya dan bernyawa dengan bisikan ghaib.
Di situ, dia ditemukan oleh Tuah Iskandar, seorang pahlawan berdarah bangsawan dari alam Melayu, dingin laksana bayu gunung dan bicara berlapis adat.
"Wahai perempuan asing, engkau bukan dari dunia ini. Tempatmu bukan di sini. Pulanglah ke dunia asalmu, sebelum rahsia ini mengundang malapetaka."
- Tuah Iskandar
"Awak ni tak nampak ke saya terpingga-pingga kat sini? Saya pun tak nak tinggal di sinilah. Ish, cepat tolong saya cari jalan pulang!"
-Mawar Inara
Hari berganti malam, langit bersilih warna. Dan tanpa disedari, tumbuh bait-bait rasa cinta antara mereka.
Namun, rahsia mula terbongkar. Cermin pusaka yang membawanya ke alam silam Melayu bukan hanya alat penghubung, tetapi pusaka sakti yang diwarisi turun-temurun oleh keturunan Tuah Iskandar.
"Hanya keturunan asli yang benar-benar mengalir darah bangsawan dapat menguasai dan menjaga cermin itu. Siapa pun yang bukan keturunan asli jika cuba menguasainya, akan membawa malapetaka kepada dunia silam dan dunia luar."
Tuah terpaksa memilih antara taat setia kepada wasiat nenek moyangnya atau melindungi sang kekasih? Pilihan itu bukan sekadar menentukan nasib mereka berdua, tetapi juga masa depan antara dua dunia.
【SERIES 2】
(n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day.
"Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude"
Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia.
Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara.
Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan.
Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella.
Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?