We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
[MY WEAKNESS]

[MY WEAKNESS]

  • WpView
    Reads 76
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 6
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Oct 18, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
HANISAH YASMIN kehilangan segalanya dalam sekelip mata.Satu kemalangan tragis meragut nyawa kedua-dua ibu bapanya dan meninggalkan dirinya lumpuh separuh badan.Dalam sepi dan kesakitan yang tidak bertepi,Hanisah membesar dengan jiwa yang hampir hancur -- di antara doa yang tidak putus dan harapan yang semakin pudar untuk sembuh dan hidup seperti insan yang lain. Namun takdir pertemukannya dengan Haider Hilal di kolej,seorang lelaki yang membawa sinar ke dalam hidupnya.Haider,walaupun kelihatan ceria dan kuat,dia menyimpam rahsia besar -- dia disahkan menghidap barah otak pada usia remaja.Walaupun penyakit itu semakin menghakis tenaganya,Haider tetap berjuang untuk hidup dan untuk mencintai Hanisah dengan sepenuh hati. Antara mereka tumbuh kasih sayang yang luar biasa -- cinta yang tidak lahir dari simpati,tetapi daripada kesedaran bahawa keduanya saling memerlukan.Hanisah yang dulunya yang tidak percaya pada keajaiban mula belajar berdiri semula,bukan hanya secara fizikal,tetapi juga dari segi semangat dan hati.Haider pula menemui makna kehidupan dalam senyuman Hanisah yang perlahan-lahan pulih dari luka lamanya. Namun takdir tidak pernah berhenti menguji.Apabila penyakit Haider sampai ke tahap akhir,Hanisah sudah bersedia -- bukan untuk merelakan,tetapi untuk menghargai setiap detik terakhir bersamanya.Pemergian Haider meninggalkan sunyi yang dalam,namun juga satu anugerah:seorang anak kecil yang menjadi penyambung cinta mereka.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • HELLO QASWAR
  • Racing King
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Forever Isn't What We Promised
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Permission to Fall, Prof!

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

More details
WpActionLinkContent Guidelines