Be My Love, Crush!

Be My Love, Crush!

  • WpView
    Reads 54
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Jun 13, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Takdir Tuhan, tiada siapa yang tahu. Siapa sangka, Khairil Eroza kembali bertemu gadis pujaannya dahulu. Zehra Amalia, penyanyi sekolah yang kini bermain muzik secara busking. Saban hari selepas latihan, dia pasti hadir menyaksikan persembahan busker Zehra. Walaupun teruk dibelasah Shamsul dalam latihan, suara gadis itu sangat mendamaikannya, sekaligus menghilangkan rasa sakit pada tubuh. Namun Khairil sedar, dia perlu menaikkan namanya dalam sukan muay thai supaya dapat mendekati Zehra. Kemelut dalaman Gilbert menyebabkan kumpulan busker itu berpecah. Zehra bagaikan hilang arah, akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi menyanyi. Apatah lagi, Mansoor juga melarang. Kononnya menyanyi tidak mendatangkan hasil untuk keluarga. Satu peristiwa berlaku, Khairil muncul saat dia jatuh. Huluran salam lelaki itu disambut dengan girang. Lelaki itu yang menjadi pendengar nyanyiannya, peminatnya. Pembakar semangat untuk terus menyumbang suara. Sehingga Zehra memilih untuk menyertai The Beautiful Voice, sebuah rancangan nyanyian di kaca TV. Langit tidak selalu cerah. Satu bencana berlaku menimpa Khairil hingga Zehra terduduk. Antara cinta dan cita-cita, salah satu harus dikorbankan.
All Rights Reserved
#368
fighting
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Dibalik Jendela Takdir [BAKAL TERBIT]
  • TANGISAN TAKDIR
  • Pelangi Terakhir
  • Saat sayap tak mampu terbang. (Novel Pendek: Trilogi Langit)
  • My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]
  • TERBIT | Jika Harus Begitu
  • TAKDIR (c)

Amani Thaqifa, seorang arkitek urbanis yang berjiwa bebas dan penuh idealisme, terperangkap di antara keinginan peribadi dan tuntutan keluarganya yang teguh memelihara martabat, darah, dan darjat. Di seberang garis takdir yang sama, Hamid Rayyan, pensyarah muda berkarisma, bergelut dengan dilema agama, warisan budaya, dan peranan sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga yang berakar kuat pada adat nenek moyang. Mereka pernah menjadi jiwa yang saling menemui dalam sepi yang sama, namun cinta mereka tidak diberi ruang untuk tumbuh. Dipisahkan oleh garis budaya, dilukakan oleh nama keluarga, dan didiamkan oleh masyarakat yang menilai berdasarkan silsilah, bukan rasa. Di tengah kota metropolitan yang bising dengan nama baik, gelaran, dan tanggungjawab sosial, Amani dan Hamid memilih untuk saling mencintai dalam diam, menulis doa dalam puisi, dan menyimpan rindu dalam ruang-ruang yang tidak pernah dijenguk oleh siapa pun. Mereka bertemu, berpisah, dan bertemu lagi - hanya untuk menyedari bahawa takdir kadangkala hadir sebagai jendela: nampak dunia yang indah di luar, tapi tetap tak dapat disentuh. "Dibalik Jendela Takdir" adalah kisah tentang cinta yang terlalu agung untuk dikompromi, dan tentang manusia-manusia yang terpaksa berundur bukan kerana tidak cukup berani, tetapi kerana mereka terlalu menghormati semuanya kecuali diri mereka sendiri. Ini bukan cerita bahagia. Ini kisah tentang dua insan yang belajar melepaskan, demi adat, demi Tuhan, dan akhirnya demi reda terhadap cinta yang tak pernah menjadi nyata. Amani Thaqifa x Hamid Rayyan Lagu yang dicadangkan untuk didengar ketika membaca: Hamid Rayyan POV: Noah- Separuh Aku Amani Thaqifa POV: Melly Goeslow - Bimbang

More details
WpActionLinkContent Guidelines