Story cover for DUA PUTRI SATU TAKDIR by MysarahLia
DUA PUTRI SATU TAKDIR
  • WpView
    Reads 7
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
  • WpView
    Reads 7
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
Ongoing, First published Jun 04
Di tanah agung yang diperintah oleh sepuluh kerajaan, Kerajaan Arandle berdiri megah sebagai kerajaan kedua terkaya selepas Kerajaan Elvyra yang berkuasa. Di tengah kemegahan dan kemewahan istana Arandle, lahirlah sepasang putri kembar yang menjadi buah mulut seluruh benua : Putri Anis Elaria Arandle dan Putri Baiyah Elenora Arandle. Dikenali sebagai dua permata kerajaan, kecantikan mereka dikagumi, tetapi sifat mereka bertentangan laksana siang dan malam.

Putri Anis Elaria Arandle : sang kakak, seorang yang lembut, pemalu dan polos. Dia membesar dengan kasih sayang pengasuh dan dayang istana, namun kekal suci dan berhati emas.

Putri Baiyah Elenora Arandle : sang adik seorang yang dingin, tangguh dan pemberani, dilatih dalam seni bela diri, strategi dan kepimpinan. Dia mewarisi ketegasan Raja Arandle dan memiliki cita-cita tinggi untuk melindungi kerajaannya dari segala ancaman.

Namun, takdir mereka berubah apabila surat perjodohan dari kerajaan Elvyra tiba. Raja Elvyra menawarkan perjanjian damai dan gabungan kekuasaan dengan syarat salah seorang dari dua putri Arandle harus menikahi Putra Mahkota Afik Razen Elvyra, seorang Pangeran yang dikenali sebagai kejam dan dingin, tapi sangat tampan dan digeruni di seluruh kerajaan. Sedangkan, saudara kembarnya, Pangeran Alif Razeel Elvyra, seorang yang berhati lembut dan bersifat ceria, turut memainkan peranan misteri dalam perjodohan ini.

Ketika politik kerajaan mulai bergolak, dan kedelapan kerajaan bawahan mula mempertimbangkan kesetiaan mereka, dua putri kembar ini dihadapkan dengan takdir besar:

⚔️ Satu takdir akan membawa kedamaian.
🔥 Satu lagi akan mencetuskan perang berdarah.

Antara cinta, pengorbanan, dan pengkhianatan, siapakah yang akan dipilih? Dan siapakah yang akan memilih jalannya sendiri...?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add DUA PUTRI SATU TAKDIR to your library and receive updates
or
#2putra
Content Guidelines
You may also like
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? by Merci_Misha
62 parts Complete
"Sahabatku, hamba rasa hamba telah jatuh cinta!" Zarina, anak dara pingitan Makcik Zakiyah yang diminati ramai jejaka, telah patah hati setelah mendapat tahu watak novel kegemarannya mati di medan peperangan. Sungguh, dari kecil sehingga besar, dia sering menghanyutkan diri dalam dunia novel. Sehinggalah muncul sebuah novel kegemarannya yang mana memaparkan seorang watak yang telah membuatnya jatuh cinta. Namun, dia setia kepada yang tidak nyata walaupun ramai yang telah melamarnya. Walaupun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu perwatakannya yang sebenar. Di luar nampak lembut. Di dalam? Wah, siapa tahu. Dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya itu, tanpa disangka perlian sahabatnya menjadi nyata. Seorang jejaka yang berperwatakan sebiji dengan watak kegemarannya, muncul di layar mata! Apakah benar apa yang dia lihat ini? Apakah ini... cinta sejati? "Hamba akan cuba tarik perhatian dia! Tak nak pikat, sebab nanti bahaya!" Tekad Zarina. Tengku Shafhan Iyyad, putera impian para gadis, tidak tahu bahawa dirinya kacak. Malah, dia juga tidak lepas daripada memandang wajah Zarina yang comel dan mulus bak mutiara di laut. "Perasaan apa ni ya?" Soal Shafhan, tidak memahami rasa hatinya itu. Tetapi, suka dan duka bukanlah memenuhi cerita, namun lawak dan jenaka turut ada. Sahabat dan musuh haruslah dimasukkan, jikalau tidak, manakan cerita dapat berjalan? Mari kita lalui kisah si Zarina yang telah jatuh cinta dan Shafhan yang sedikit kureng orangnya. "Apa erti cinta sekiranya status memisahkan kita?" Bermulanya kisah di istana kerajaan negara Angin Putih. Genre :- Teen Fiction-Romance-Classic-Fantasy-Islamic • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2020 ♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad 🌸🌸Lovely cover by @jebatqays_🌸🌸
𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀 | OG (NEW VERSION) by Ninqistina
30 parts Ongoing Mature
•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝓁𝓁• ˢᵉᵠᵘᵉˡ ˣᵃʸᵈᵉⁿ ᶻᵉⁱⁿᵃ (still in the revamp process. the new ending will be different) Pᴜᴛᴇʀɪ ᴍᴀʜᴋᴏᴛᴀ Iᴢᴢʜᴀᴡᴀ Nᴀғɪsᴀ × Tᴇɴɢᴋᴜ Mᴀʜᴋᴏᴛᴀ Tᴇɴɢᴋᴜ Aᴅᴢʀɪᴇʟ Zᴀʏɴ (𝐷𝑖𝑔𝑎𝑙𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎 𝑋𝑎𝑦𝑑𝑒𝑛 𝑍𝑒𝑖𝑛𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑑𝑎ℎ𝑢𝑙𝑢 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑙𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑘𝑒𝑙𝑖𝑟𝑢𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑡𝑎𝑘) Sombong, angkuh, baran, kaki judi, kaki arak adalah sifat seorang puteri mahkota negara Vendoria. Beliau bersifat 360° berbeza dengan ayahanda dan bondanya. Dia juga seorang yang agak jahil dalam agama. Baik, peramah, sopan, beradab dan berilmu pula sifat Tengku Mahkota negara Darendale. Keluarganya seorang yang berpegang teguh pada agama. Pada sesuatu malam yang agak sunyi, Satu kejadian buruk berlaku membuatkan Tengku Adzriel bertemu dengan Nafisa Kejadian pada malam itu membawa mereka kealam perkahwinan tanpa disetujui oleh Nafisa. Malah Tengku Adzriel hanya tenang mengakur arahan daripada ayahandanya. Sifat Nafisa yang agak teruk itu masih ada pada dirinya walaupun sudah berkahwin membuatkan Ratu Evelyne iaitu ibunda kepada Tengku Adzriel tidak menyukainya. Dan kemunculan seorang perempuan merosakkan lagi hubungan Tengku Adzriel dan Nafisa. Mampukah Tengku Adzriel merobohkan sifat buruk didalam diri seorang Puteri Mahkota itu? Mampukah mereka hidup dengan bahagia walaupun kahwin secara paksa rela? Dan mampukah Tengku Adzriel mempertahankan rumah tangga mereka? ⚠️Penggunaan bahasa inggeris 30% ⚠️Maaf jika terdapat kesalahan ejaan tatabahasa and typo ⚠️Maaf juga jika tersama dengan mana mana karya author lain. ITU CUMA KEBETULAN.
Beautiful Of Perfect Love by RaRisya12
23 parts Ongoing
On-Going ------------------------------------ Boleh korang bayangkan tak kalau kita dapat tahu yang kita ni seorang puteri? Ini kisah aku... Amy seorang gadis kampung yang tiada ibubapa dan tinggal di rumah anak yatim. Hidupnya sederhana disamping penjaga dan kawan-kawannya di rumah itu. Suatu hari, hidup dia berubah 180° selepas kedatangan kerabat Diraja negara dia, Arendelle. Amy masih tak percaya dia masih ada keluarga, tapi lagi dia tak percaya dia adalah puteri mahkota negaranya sendiri. Namanya kini adalah Princess Amanda Alexa. Pewaris pertama negara Arendelle. Keluarga baru, hidup baru, sekolah baru, pengalaman baru dan status baru. Semuanya serba baru dan hidupnya lebih mewah. Disebabkan semuanya baru Amy menjadi tak biasa. "Tapi saya perlukan masa untuk hadap semua benda ni."- Princess Amanda Alexa Dalam kegembiraan Amy bersama keluarga kandungnya muncul satu masalah baru dalam hidupnya. Suatu hari, Amy dipaksa berkahwin dengan seorang putera yang bakal menjadi Raja. Tetapi Amy enggan menerima sehingga hampir melarikan diri. "Prince James sendiri yang memilih Amanda menjadi isteri dia dari ramai-ramai gadis lain. Amanda juga tak ada sebab lain untuk menolak perkahwinan ini. Walau apapun yang terjadi Ayahanda nak Amanda kahwin dengan dia 2 weeks from now!"- King Ariel Rela dalam paksa Amy menerima juga. Awal perkahwinannya dan James hanya kekok dan tak selesa. Sikap James yang baik dan tenang membuatkan hati Amy sedikit senang. Mereka mula rapat seperti kawan setelah itu. Tetapi mampukah perkahwinan mereka bahagia selamanya? Adakah akan wujudnya rasa cinta Amy kepada James? Akan terjadikah Perfect Love antara mereka? Beautiful Cover By: @thefgirl
Embers Of The Crown  by Risaa1265
65 parts Complete
Amelia Ravenshade kembali ke istana Eldravaeth setelah bertahun-tahun berlalu, membawa bersama rahsia yang belum pernah didedahkan. Kebakaran tragis dua belas tahun lalu telah meninggalkan parut dalam sejarah keluarga diraja dan di tengah kabut rahsia itu, berdiri sosok kakak angkatnya, Arabella Duskvale, yang dipenuhi dengan dendam dan terperangkap dalam sihir hitam yang mematikan. Sementara itu, negara Ignarion mengintai di sebalik bayang-bayang, berusaha menguasai Eldravaeth melalui perkahwinan politik antara Amelia dan pewaris mereka, Wiliam. Dalam situasi genting itu, Amelia menolak untuk menjadi alat dalam permainan kuasa dan memilih untuk memperjuangkan kebebasan serta kebenaran. Bersama Thomas Ashborne, pelindung setianya yang sentiasa berada di sisinya, serta sahabat karibnya, Tiara Ashborne dan adik kandungnya, Alex Ravenshade. Amelia menyelami sejarah tersembunyi di balik warisan keluarga, kekuatan sihir kuno, dan konflik yang menggugat kedamaian kerajaan. Melalui latihan, pertempuran, dan pengkhianatan, mereka belajar erti pengorbanan dan keberanian sejati. Sebuah lamaran penuh kejutan di taman istana membuka lembaran baru dalam hidup Amelia satu ikatan cinta yang menguatkan dia di tengah badai politik dan bahaya yang mengintai. Namun kebahagiaan itu tidak kekal lama, kerana ancaman gelap terus membayangi. Di balik tirai perkahwinan megah dan senyuman manis, tersimpan rahsia bahawa perang dan pertempuran masih belum berakhir. Satu kuasa misteri berikrar untuk meruntuhkan segalanya termasuk cinta dan warisan yang dipertaruhkan. Embers Of The Crown mengisahkan perjuangan seorang puteri yang terpaksa memilih antara takhta dan hati, di dunia di mana kepercayaan adalah senjata dan cinta adalah cahaya terakhir dalam kegelapan.
You may also like
Slide 1 of 9
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? cover
Di Sebalik Takhta cover
Thorns Of Light And Shadow cover
AZELLA : TUAN PUTERI YANG MAHU MENGHAPUSKAN KUTUKAN cover
Lukisan Takdir [C] cover
𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀 | OG (NEW VERSION) cover
Beautiful Of Perfect Love cover
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C] cover
Embers Of The Crown  cover

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?