22 parts Ongoing Dulu, mereka hanya dua jiwa kecil yang bertemu secara kebetulan. Pertemuaan yang sederhana tetapi membekas di hati. dia yang menangis kerana kehilangan, dan dia yang datang memberi kata-kata penguat semangat .
"Nah. Lepas ni... kalau kau sedih, kau cari kau. Aku... tak pandai pujuk. Tapi aku pandai belanja aiskrim."
Mereka tidak bertukar nama, tidak saling tahu siapa keluarga siapa. Yang tinggal hanyalah kenangan samar dan rasa hangat yang melekat di hati. Dan di sudut paling dalam, kedua-duanya sama-sama memohon kepada Tuhan... Andai takdir izinkan, biar kita bertemu lagi.
Tahun berganti. Takdir akhirnya mengatur pertemuan itu, tetapi dengan cara yang langsung tidak mereka duga... dan tidak mereka suka. Dalam satu insiden yang mengelirukan, satu pagi yang penuh tanda tanya. Wajah yang asing, tetapi ada sesuatu pada tatapan itu yang terasa terlalu dikenali.
"Aku tak salah buat apa aku kena bertanggungjawab!"
Mata bertentang, hati berdegup, tetapi fikiran segera mencari alasan untuk membantah. Menyangkal. Menolak segala kemungkinan. Dunia mereka berlanggar, bukan seperti bayangan indah yang pernah diharapkan.
"Tak sanggka lelaki itu berjaya ambil permata saya yang selama ni bermati matian dijaga. Dan... dituduh kembali dan dianggap punca masalah tanpa perasaan!"
Mereka bukan lagi kanak-kanak polos itu. Mereka kini dua insan dewasa yang terperangkap dalam situasi yang memalukan... dan misteri.
Namun, di sebalik bantahan dan salah faham, ada sesuatu yang perlahan-lahan meruntuhkan dinding hati. Kini, mereka sedari, pertemuan yang kacau-bilau itu sebenarnya adalah jawapan kepada doa yang pernah mereka panjatkan bertahun-tahun dahulu.
Kadang-kadang... takdir memilih jalan yang paling pelik dan paling sukar, hanya untuk membawa dua jiwa kembali kepada satu janji yang tak pernah terucap.