BAYANG DALAM DARAH [C]

BAYANG DALAM DARAH [C]

  • WpView
    Reads 78
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 23
WpMetadataReadComplete Sun, Jul 20, 2025
WpInfo
Fiction
Action and Thriller
"Sebahagian daripada masa silam tidak terkubur. Ia menunggu untuk dibongkar... dengan darah." Adelia dibesarkan dalam keluarga terhormat, tetapi hidupnya penuh dengan bayang dan tanda tanya. Pada hari ulang tahunnya yang ke-23, dia menerima sekeping gambar lama - wajah seorang wanita yang persis dirinya - bersama nota menggerunkan: "Jangan biar mereka musnahkan kau seperti dia." Siapakah wanita itu? Dan apakah kaitannya dengan keluarga yang selama ini kelihatan sempurna? Pertemuannya dengan Ku Syazwan, seorang pegawai polis muda yang sedang menyiasat kes kehilangan 25 tahun lalu, membawa Adelia ke jalan penuh misteri, pengkhianatan dan kebenaran yang menggegarkan jiwa. Setiap langkah mendekatkan mereka kepada rahsia kelam - dan setiap jawapan membawa kepada persoalan baru. "Bayang Dalam Darah" ialah kisah tentang cinta yang diuji, kebenaran yang tersembunyi, dan dosa yang diwarisi. Dalam dunia di mana kepercayaan boleh membunuh, sanggupkah Adelia membongkar semuanya... walau jiwa sendiri menjadi taruhan?
All Rights Reserved
#25
konflikkeluarga
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • UNKNOWN [COMPLETE]
  • Mr.Cruel (TERBIT)
  • TUANKU HAIQAL IBRAHIM :THE MISSION
  • TWISTED REVENGE (C) (In-editing)
  • Yang Tertulis Dilangit [C]
  • SETIA
  • 𝐁𝐒π₯𝐚 π‡πšπ­π’ 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐒𝐧𝐭𝐚𝐒 | C
  • GAVRIEL
  • ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBAND
  • π‡πžπ₯π₯𝐨 𝐌𝐞𝐒𝐧 π€π§π πžπ₯ | 𝐂

Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."

More details
WpActionLinkContent Guidelines