12 parts Ongoing Anna Jane membesar dalam keluarga yang penuh kasih sayang, namun hidupnya berubah drastik setelah kemalangan tragis yang meragut nyawa ibunya, Puan Sri Diyana Emma, dan memusnahkan segala impian yang pernah dimilikinya. Selepas kehilangan itu, Anna terperangkap dalam kesedihan yang mendalam dan mula menjauhkan diri daripada segala-galanya. Ditinggalkan dalam kekosongan, dia berjuang dengan perasaan kehilangan yang tidak pernah dapat disembuhkan.
Namun, satu lagi kejutan mengubah hidupnya apabila ayahnya, Tan Sri Imran, berkahwin dengan seorang wanita bernama Datin Zara - seorang pegawai polis yang berpangkat tinggi, tegas, dan sentiasa serius dengan tugasnya. Keputusan ini menggoncang dunia Anna, lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui bahawa Datin Zara terlibat dalam siasatan kemalangan yang meragut nyawa ibunya. Perasaan marah dan benci Anna terhadap wanita itu semakin membuak-buak. Ia seolah-olah menambahkan luka di hati Anna, yang masih belum pulih daripada kehilangan ibunya.
Apa, sekarang awak nak jaga makan saya juga?" Aku pandang dia tajam. "Tugas polis dah habis ke sampai sempat nak ambil berat pasal saya?"
"Apa sebenarnya masalah awak dengan saya, Anna Jane?"
Dengan perasaan yang semakin memberontak, Anna tidak dapat menerima perkahwinan baru ayahnya. Setiap kali bertemu dengan Datin Zara, dia merasakan seperti dirinya dilupakan, dan segala kebahagiaan yang pernah dimiliki seakan sirna.
Zara menggenggam tangan. "Hati-hati dengan apa yang kau cakap."
Anna memandangnya sinis. "Atau apa? Nak tangkap saya? Nak gari saya sebab saya tak hormat 'ibu tiri polis' saya?"
Zara akhirnya melangkah ke depan. "Aku tahan banyak benda, Anna. Tapi lidah kau makin tajam. Terlalu kurang ajar."
Namun, apa yang Anna tidak tahu adalah bahawa di luar sana, misteri kemalangan ibunya masih belum terungkai sepenuhnya - dan ia mungkin melibatkan lebih daripada sekadar kehilangan seorang ibu.