Story cover for Jingga Di Langit (Bonus Bab Awal) by karyaseni2u
Jingga Di Langit (Bonus Bab Awal)
  • Reads 344
  • Votes 15
  • Parts 5
  • Reads 344
  • Votes 15
  • Parts 5
Complete, First published Jun 09
Mature
KHALEQ THAURI... Dia sudah selesai menjalani hukuman secara undang-undang tetapi bebanan berat terpaksa dia galas seumur hidup sebagai bekas penghuni tirai besi. Hakikat sebenar yang pahit untuk ditelan dan sukar untuk dinafikan. Semua orang kampung menjauhinya. Dirinya dipandang serong walaupun ketika dia sedang berjalan kaki. 

Rumahnya setiap malam sentiasa diawasi oleh orang kampung. Pinjam selipar masjid? Dikata Khaleq mencuri. Lembu dan kambing orang kampung hilang? Dikata Khaleq yang jual. Tong gas hilang? Pun Khaleq juga yang difitnah. 

"Kalau banduan tu bertaubat sekalipun, kejahatan yang dia buat tetap orang akan ingat. Jadi kau tak payah berpura-pura tunjuk baik nak pergi berjemaah di masjid sedangkan masa lalu kau, orang tetap akan ingat. Sepatutnya kau meringkuk dalam tu sampai mampus!" - DAIM

Namun bagi Khaleq, kepulangannya kerana sebuah janji dan amanah yang tergalas di bahunya. Dia juga mencari dalang yang merancang pembunuhan Fudail dan Megat Zahrain. Tapi tak sangka kepulangannya turut menarik perhatian musuhnya.

"Orang tua tu tak tinggalkan apa-apa untuk kau? Lima tahun kau jadi anjing dia takkan dia tak bagi apa-apa? Paling tidak pun mesti dia bagi sesuatu yang berguna. Apa kata kau serahkan saja pada aku. Aku janji aku takkan kacau kau dah." - FAHMI

"Aku... aku nak cari pembunuh Abang Megat. Anak angkat Fudail kata kau pembelot. Kau yang..." - ACAP

Ketika dia rasa hidupnya sepi, muncul seorang gadis bisu yang tinggal di depan rumahnya. Sikap lemah lembut NUR AMILIN membuatkan hati Khaleq sudah pandai menyulam rindu terhadap wanita itu. Biarpun Khaleq cuba membina tembok untuk menjarakkan hubungan antara mereka namun wanita itu tegar merobohkannya.

Namun begitu, satu peristiwa yang telah berlaku terus mengubah kehidupan mereka seratus lapan puluh darjah. Topeng masquerade yang dipakai Nurul Amilin untuk menipu dan mengaburi Khaleq mula tertanggal.
All Rights Reserved
Sign up to add Jingga Di Langit (Bonus Bab Awal) to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Biar Berjuta Kali (Bab Percuma) by karyaseni2u
6 parts Ongoing
Pengkhianatan paling menyakitkan adalah bila ia datang daripada orang yang paling dipercayai. Fiqa tak pernah menyangka, Tasya-sahabat baiknya-akan menikamnya dari belakang. Ketika dia di luar negara, Tasya dan Dr. Saif, tunangnya, menjalinkan cinta terlarang. Lebih mengejutkan, mereka berkahwin tanpa rasa bersalah, meninggalkan Fiqa terkapar-kapar dengan hati yang remuk. "Dari dulu I curiga kat perempuan tu, tapi you selalu cakap, dia kawan jugak dengan Dr. Saif tu. You percaya sangat kat dia. Sekarang, you tengok apa yang kawan baik sendiri buat kat you, Fiqa." - Adila Melarikan diri ke Jakarta adalah satu-satunya pilihan Fiqa. Namun, bayangan masa lalu tetap menghantui langkahnya. Di kota itu, Rizky-lelaki berkarisma yang penuh rahsia-mula mencuri perhatian Fiqa. Tanpa disedari, Rizky menjadi bahu tempat Fiqa meluahkan kesedihannya. "Saya ke rooftop ni, di sini tempat yang paling tenang dan damai bagi saya... Saya lihat kamu menangis..." - RIZKY "Ma... maafkan saya, Encik Rizky." - FIQA "Afiqa, kita bukan di kantor atau dalam urusan kerja. Panggil saja saya Rizky." - RIZKY Namun, kepulangan Fiqa ke Malaysia membuka kembali luka lama. Tasya muncul semula di hadapannya dan Dr. Saif kembali mengejarnya dengan rasa kesal dan penyesalan yang tak berpenghujung. Hati Fiqa terus bergolak-antara masa lalu yang penuh luka dan masa depan yang mungkin membawa kebahagiaan. Mampukah Fiqa melepaskan semua kenangan pahit dan memberi peluang untuk kebahagiaan baru? Atau episod derita ini akan terus berulang... biar berjuta kali? Selami kisah cinta, pengkhianatan, dan harapan yang tak pernah padam dalam BIAR BERJUTA KALI.
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] by by_asmirose
130 parts Complete
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali menghantui dirinya. "No one is perfect but still I need to impress my lady, right? Saya cuba nak tolong awak sugar. Tak boleh ke? Kalau awak demam, lagi huru-hara hidup awak sebab saya memang akan dukung awak terus ke hospital." - SYED TAUFIQ CAZRAN Bayangkan daripada seekor singa berubah menjadi seekor anak kucing. Ya. Itulah personaliti Taufiq Cazran ketika berhadapan Indriana Athea. Malangnya, hubungan yang membibitkan perasaan halus itu tidak berkekalan. Gadis naif itu seringkali diburu ketakutan. Membiarkan sahaja Indriana dalam keadaan sebegitu? Tentu tidak. Malah melepaskan sebutir mutiara itu adalah pilihan terakhir buat Cazran. "Sorry awak. Tunggu beberapa minit lagi boleh tak? Saya ada hal mustahak ni. Lagi pun, masa makan malam kita belum sampai lagi kan? Can you enjoy your presents while waiting for me?" - SYED TAUFIQ CAZRAN "Fine. Saya tunggu. Awak lambat sepuluh minit, siap awak saya sekeh nanti." - INDRIAN ATHEA Bungkam. Bagaikan kisah khayalan kanak-kanak yang hanya mampu diharapkan tetapi mustahil untuk didapatkan. Gadis itu ditinggalkan dengan seribu satu persoalan. Bergantungan begitu sahaja sepanjang lima tahun penantian. "Awak ingat lepas lima tahun, saya akan lepaskan awak lagi ke? Never! I'll never leave you alone, Athea. All my life, I promise I'll protect you. Tak kira apa risikonya. Saya akan ambil." - SYED TAUFIQ CAZRAN "Boleh percaya ke kata-kata awak tu? Dulu pun awak cakap macam tu. Tak ada hasil pun. Malah, awak semakin menjauh." -INDRIANA ATHEA Tatkala Cazran datang dalam lelaki versi baharu, sanggupkah Indriana menerimanya untuk sekian kali? Atau membiarkan janji yang terlakar terkubur begitu sahaja?
Nama Yang Kulangitkan by sekuntumdaesy
32 parts Ongoing
"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh suka kamu. Pertama kali saya tengok kamu, saya tahu yang kamu lain daripada yang lain. Kamu istimewa." -Aisha- Nur Aisha. Gadis periang yang membuatkan semua yang mengenalinya tidak kering gusi melayan karenahnya. Namun dia ditakdirkan jatuh cinta pada seorang lelaki yang tidak mungkin dimilikinya. Seketika dirinya mulai berubah, tidak seceria dulu. Azim. Seorang lelaki bertubuh kecil, berkulit sawo matang. Senyumannya yang manis mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati padanya. Dia mudah mesra dan kelembutan dalam tutur katanya membuatkan semua selesa berada dekat dengannya. Tanpa dia sedar, dalam keramahan itu dia telah meluluhkan hati seorang gadis. Namun dia belum bersedia. Masih banyak perkara perlu diuruskan sebelum memikirkan soal cinta! "Semoga kamu dipermudahkan segala urusan ya. Saya doakan baik-baik untuk kamu dunia dan akhirat." -Azim- "Jangan bazir waktu untuk seseorang yang tak suka pada kamu. Moveon, teruskan hidup." -Kak Farhanah- "Hang kena lupakan dia weh. Doa baik-baik semoga hang dipertemukan dengan jodoh yang baik. Begitu jugak dia." -Dahlia- "Kak, penat aku tengok kamu menangis sebab lelaki. You deserves better, stop it." -Saydatul- Ini bukan soal deserves better atau tak. Hatinya yang sudah terpaut tanpa dia pinta. Bak kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.' Apakah dia akan terus mencintai lelaki itu ataupun berputus asa? Dalam setiap sujud dan doanya apakah masih nama yang sama dilangitkan?
SALAHKAN AKU by RabihahNurRidhuan
47 parts Ongoing
Kemalangan itu cuma tiga saat... tetapi kesannya, seumur hidup. Fayyad kehilangan segalanya dalam dentuman yang sepatutnya tidak berlaku. Penglihatan, kerjaya, harga diri, dan masa depannya. Dunia yang dulu terang kini tinggal kelam.Dan orang yang menyebabkan semua itu masih hidup. "Kita ni doktor, Is. Kita dicipta untuk selamatkan orang. Tapi kali ni, akulah punca kematian. Dan kalau aku gagal tarik Fayyad balik ke dunia ni... aku pun dah tak layak untuk terus hidup lagi." - Hana Hana, seorang doktor yang sepatutnya menyelamatkan nyawa, tetapi kali ini dia telah membunuh satu nyawa kerana kelalaiannya. Apa yang lebih menyakitkan dia hanya luka ringan sedangkan adiknya mati dalam pelukan, dan Fayyad buta seumur hidup.Rasa bersalah itu membelit setiap nafasnya. "Kau curi hidup aku! Kau ambil mata aku... dan sekarang datang dengan air mata bodoh tu?! Kau fikir... dengan menangis depan aku, Tuhan akan pulangkan penglihatan aku?!" - Fayyad "Fayyad... bunuh aku kalau itu boleh buat kau lega. Aku tak kisah. Aku memang patut dihukum." - Hana Fayyad tak pernah lupa, dan tak akan pernah maafkan. Apatah lagi bila tunang Hana sendiri, Dr. Iskandar menjadikan cemburu sebagai senjata untuk menjatuhkannya. "Ada sesuatu dalam mata dia... yang buat Is rasa cemburu dan takut. Walau Fayyad hancur, dia tetap ada ruang dalam hati Hana. Dan ruang tu... bukan untuk Is." - Iskandar Pertemuan semula mereka di Singapura, dalam projek teknologi untuk orang buta, menyalakan kembali luka yang belum sembuh. Dan di tengah tekanan masa, Hana membuat keputusan gila. "Kalau satu-satunya cara awak boleh teruskan rawatan ini... adalah dengan status sah untuk tinggal di sini... Kahwin dengan saya. Kontrak. Enam bulan. Cukup untuk mohon long-stay visa. Lepas itu, awak bebas." - Hana Salahkan Aku adalah kisah tentang jiwa yang mati sebelum waktunya. Tentang dosa yang tak boleh diampunkan. Dan tentang cinta yang mungkin wujud... tapi dibina atas kubur rasa bersalah dan kemarahan yang tak pernah padam.
Merinduimu Bukan Sederhana by karyaseni2u
16 parts Complete
[Cerita akan dikemasikini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam] Siapa sangka, jarak dan waktu yang tersingkap menyimpan sebuah kebenaran antara Lutfir Hakimi dan Hazie Tsuraya. Bermula dari insiden yang lalu, Lutfir terus membawa rindu yang terpendam lama. Hanya kerana sebaris nama yang hampir sama di atas selembar warkah, dia tersalah sangka lalu terpaksa dia menanggung malu dan ego tidak bertepi. Namun rindunya kepada Hazie bukan rindu yang sederhana. Jauh di sudut hati dia selalu mengharapkan Hazie memandangnya walaupun sekali. "Lama kita tak berjumpa. Abang Kimi sihat?"- Hazie Tsuraya "Kalau belum nak mati tu... Kira sihatlah."- Lutfir Hakimi Bukan dia tak cuba melupakan tentang wanita itu namun mereka bagai dijodohkan kerana bersua lagi. Takdir yang tertulis membuatkan mereka semakin dekat. Kali ini dia tidak mampu menidakkan rindu yang sudah lama menghuni dalam hatinya. Saat rindu yang disemai semakin bercambah, pelbagai dugaan datang menghimpit. Tidak seinci pun dia berganjak jauh daripada Hazie. Menyayangi wanita itu menuntut kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan.Itulah yang dia lakukan. "Kalau aku tak ucap bukan bererti aku tak sayang. Bukan bererti aku tak peduli. Aku tunjuk semua tu melalui perbuatan tapi kau yang tak nampak. Sibuk ukur nilai kasih sayang tu dengan kata-kata."- Lutfir Hakimi "Kalau manusia mampu melakar sendiri takdirnya, takkan ada lagi manusia yang bersyukur kepada-Nya." - Hazie Tsuraya Merindui seseorang cukup melelahkan.Hanya mereka yang mengusung rindu tahu betapa sakitnya hati dibebankan dengan rasa kosong. "Sejujurnya, aku harap surat cinta tu memang untuk aku dan bukan untuk Hakimi. Kau bagi aku harapan seminit kemudian kau hancurkan sekelip mata. Bukan aku tak cuba lupakan kau tapi kau sentiasa ada dekat. Macam mana aku nak move on?" - Lutfir Hakimi Mampukah kerinduan itu mengikat sebuah cinta? Adakah rindu yang hadir itu sekadar rindu yang sederhana?
Ma Chérie - My Dear One by tyracaramel
17 parts Ongoing
Kehilangan isteri tercinta pada lima tahun yang lalu cukup membuatkan Haidar Iskandar terseksa. Perpisahan yang berpunca dari manusia yang cukup toksik di dalam keluarganya sendiri. Rasa nak lari. Rasa nak bunuh diri! Haidar Iskandar hampir berputus asa. Namun, pertemuan semula antara Haidar Iskandar dengan Arabella Aisha memberi cahaya baru dalam hidup mereka. Peluang baru untuk mereka teruskan kehidupan bersama. Melayari bahtera baharu yang dibina lebih kukuh berbanding sebelum ini. "Ara, please. Marry me again!" - Haidar Iskandar "Apa jaminan awak yang saya akan selamat dari kakak awak?" - Ara "Saya sanggup bunuh kakak saya sendiri kalau perlu. Itu yang sepatutnya saya buat dari dulu. Saya gagal lindung awak, Ara. But this time.. Please let me protect you." - Haidar Kasih Haidar dipertaruh. Tujuan Arabella mengahwini Haidar kali ini bukan demi cinta semata, malah demi keadilan untuk ibubapanya yang harus diperjuangkan. Rumahtangga yang bakal dibina, Haidar Iskandar sanggup merisikokan nyawanya sendiri walaupun dikhianati. Tetap utuh melawan dunia yang melarang hubungan mereka. Hanya untuk kepentingan sendiri. "Kalau itu hukuman Ara untuk abang, Ara hukumlah abang. Cuma, Ara jangan minta abang lepaskan Ara. Sakit, sayang. Abang tak nak berpisah lagi dengan Ara.." - Haidar Iskandar "Bunuh saya kalau perlu, Haidar. Itu yang mereka nak selama ni. Kill me, Haidar!" - Arabella Aisha Demi cinta dan keadilan, Arabella sanggup menerima segala cemuhan, hinaan dan penderaan dari keluarga mentuanya. Persoalannya, sampai bila Arabella bakal bertahan? Adakah rumahtangga mereka bakal runtuh seperti sebelumnya? "Kau sentuh isteri aku sekali lagi, aku memang tak akan lepaskan kau. Aku bersumpah!" - Haidar Iskandar "Mungkin ini takdir kita." - Arabella Aisha
You may also like
Slide 1 of 10
Ivy Layla  [C] cover
Biar Berjuta Kali (Bab Percuma) cover
Takwil Cinta Zulaikha cover
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] cover
Siblings series 3-The Perfect Enemy : Naqiu Al-Haq  cover
Nama Yang Kulangitkan cover
SALAHKAN AKU cover
Merinduimu Bukan Sederhana cover
Mrs. Aidan: My Little Bride cover
Ma Chérie - My Dear One cover

Ivy Layla [C]

11 parts Complete

(SHORT STORY) IVY LAYLA X SYED MALIK EIDRUS "Allah tak bagi semua pada you, sebab nanti you lupa diri"- Malik "Awak ni comel lah!"-Layla Ini kisah Syed Malik Eidrus, lelaki introvert yang terperangkap dalam traumanya sejak belasan tahun lagi. Hadirnya Ivy Layla, wanita bekerjaya yang tidak sengaja tertumpahkan pewarna dalam hidup Malik. Jika sebelum ini hidup Malik yang sekadar hitam putih, kini sudah perlahan-lahan masuk ke 'HD'. Layla yang banyak mulut, Layla yang baik, Layla yang tidak pernah penat dengannya. "I lelaki lemah, I lelaki pengecut"-Malik "Awak suami yang hebat lah!"-Layla Berkali-kali Layla meyakinkan Malik. Tetapi bila datang saja mimpi buruk itu, Malik tewas. Layla juga hilang daya. "Awak dah tak perlukan saya lagi..."-Layla "Layla yang simpan kunci hati I sebelum ni. Bermakna, tak ada orang lain yang boleh masuk ke dalam hati I selepas Layla"-Malik