Nama sebenarnya Aiza, tapi di Osaka... dia dikenali sebagai Natsumi Sanada - anak angkat kepada Hidenaga Sanada, ketua Yakuza paling digeruni di Jepun. Dalam dunia penuh darah, rahsia, dan kesetiaan, Aiza pernah menjadi orang kanan paling dipercayai dalam Sanada Empire.
Namun satu kejadian tragis ketika menjalankan misi sulit telah mengubah segalanya. Luka yang tidak kelihatan di tubuh, tetapi dalam hati. Untuk melarikan diri dari trauma itu, Aiza tinggalkan Osaka dan memulakan hidup baru di Malaysia - negara kelahiran ibunya yang telah lama meninggal dunia.
Di Kuala Lumpur, dia buka sebuah kafe kecil bersama tiga sahabat setia - Ariff, si barista genius, Mira, si pereka kek comel tapi garang, dan Sheila, gadis berpengaruh yang tahu ramai orang 'besar'. Mereka bukan sekadar rakan niaga, mereka adalah keluarga yang baru bagi Aiza.
Namun dunia lama tak pernah benar-benar hilang...
Pada suatu hari, ketika menghantar kek ke rumah Sheila untuk majlis eksklusif, mata Aiza terserempak dengan seorang lelaki tegap dan misteri - Malik, bodyguard peribadi yang kelihatan tenang tetapi menyimpan sesuatu di sebalik matanya yang tajam.
Malik tidak berkata apa-apa... tetapi pandangannya seolah-olah mengenali Aiza dari dunia yang dia cuba lupakan.
Dan sejak hari itu, setiap langkah Aiza mula terasa diperhati. Setiap malam mula dihantui bayang masa lalu.
Siapa Malik sebenarnya? Adakah dia hanya seorang pengawal biasa? Atau... adakah dia dihantar oleh seseorang dari Osaka?
Hana Sofea, seorang gadis biasa yang bekerja sambilan di sebuah restoran eksklusif, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah sekelip mata setelah bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Naufal. Dengan aura menakutkan dan pandangan tajam, Naufal segera menarik perhatian Hana namun bukan dengan cara yang biasa.
Naufal, seorang mafia berpengaruh yang memimpin organisasi gelapnya dengan penuh rahsia, menyimpan sejarah pahit yang menghantui jiwanya. Kehadiran Hana mengingatkannya kepada seseorang dari masa lalu yang telah dia kehilangan seseorang yang pernah dia janji untuk melindungi.
Pertemuan mereka membawa Hana ke dalam dunia gelap yang penuh bahaya dan rahsia. Dari kejadian-kejadian aneh hingga ancaman yang tiba-tiba muncul, Hana mula menyedari bahawa ada sesuatu yang lebih besar dunia mafia, Naufal mula menunjukkan sisi dirinya yang tidak pernah dia tunjukkan kepada sesiapa ,sisi yang rapuh dan penuh kasih sayang. Hubungan mereka berkembang di tengah-tengah konflik antara masa lalu, dendam, dan harapan baru.
Adakah Hana mampu bertahan dalam dunia penuh bahaya ini? Dan adakah Naufal berjaya menebus kesalahannya, atau mereka akan terperangkap oleh takdir gelap yang cuba mereka lawan?