Kapten Eyan Layang, seorang pegawai muda dalam Rejimen Renjer Diraja, berdarah campuran Kadazan-Dusun dan Cina, berasal dari sebuah perkampungan di kaki Gunung Kinabalu, Sabah. Sejak kecil, Eyan diasuh oleh bapanya -
Mejar Bersara Richard Layang, seorang bekas tentera dan juga pewaris ilmu tradisi nenek moyang mereka yang memahami bahasa alam: arah angin, bisikan hutan, tanda tanah - semuanya menjadi sebahagian daripada jiwa Eyan.
Dalam satu operasi khas di Johor, Eyan ditugaskan memburu saki-baki kumpulan pengganas yang menyerang pos tentera di sempadan.
Ketika menyamar dan bergerak seorang diri ke sebuah kampung terpencil untuk mendapatkan maklumat risikan, Eyan diserang hendap oleh seorang pengganas bersenjatakan pisau.
Dia tercedera parah. Namun takdir mempertemukannya dengan Tok Imam Syukri, datuk kepada Ainul Mawaddah, seorang guru muda kampung itu.
Pada awalnya, Tok Imam mahu membawa Eyan ke klinik, namun sebaik terlihat rantai loket tentera tergantung di leher pemuda itu, dia menukar fikiran - dan membawa Eyan ke rumahnya untuk rawatan secara diam-diam, menggunakan perubatan tradisional dan doa.
Di rumah kampung beratap nipah itu, dua dunia mula bersatu. Eyan, pewaris rimba dan roh tanah dari Sabah, dan Ainul, gadis Johor yang tenang dan penuh kasih, mula membina jalinan jiwa yang halus dan dalam.
Namun cinta mereka bukan biasa-biasa - ia harus melintasi sempadan budaya dan darah. Di sebalik ketenangan desa, tersembunyi rahsia lama yang menghubungkan takdir mereka, dan bahaya belum reda.
Apabila kumpulan pengganas kembali menyerang kampung tempat Ainul tinggal, Eyan terpaksa memilih: mempertahankan tanah air sebagai perajurit, atau menyelamatkan cinta yang belum sempat dilafazkan.
All Rights Reserved