Coming soon - October 2026. [Physical Book] *** Ratna Manis, seorang gadis yatim piatu, nekad meninggalkan kehidupan lamanya demi memulakan hidup yang baharu di rumah pusaka peninggalan neneknya, seperti yang diamanahkan oleh arwah ibunya. Namun malang tidak berbau. Belum pun genap 24 jam menetap di situ, rumah tersebut hangus dijilat api. Dalam keadaan nyawa di hujung tanduk, dia diselamatkan oleh seorang lelaki muda bernama Putra bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Bonda Kalsom. Sejak itu, Manis dibawa tinggal di Kampung Niskara. Untuk diterima sebagai anak angkat Bonda Kalsom dan penduduk tetap di kampung tersebut, dia diwajibkan menjalani satu ritual yang dirahsiakan oleh seluruh penduduk Niskara. Namun, sesuatu berlaku ketika ritual itu dijalankan. Malam itu tidak berakhir seperti yang dirancang. Sejak dari itu, pelbagai kejadian aneh mula menghantui hidupnya. Gangguan demi gangguan muncul tanpa henti. Di tengah-tengah kekusutan itu, hanya Putra dan Bonda Kalsom menjadi tempat dia bergantung. Tapi... apakah benar mereka boleh dipercayai?
Detail lengkap