Story cover for Terima Kasih, Kakak by samperitmilo
Terima Kasih, Kakak
  • WpView
    Reads 1,275
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 9
  • WpView
    Reads 1,275
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 9
Ongoing, First published Jun 11
Anis Sofya cuba menjadi semuanya - kakak, ibu, ayah - sejak kematian kedua orang tuanya.
Dia memegang setiap tangan kecil adik-adiknya walaupun hidupnya sendiri masih terumbang-ambing. Dalam rumah kecil yang makin sunyi, Anis berusaha mempertahankan makna "rumah" agar kasih sayang tak hilang walau mama dan abah dah tiada.

Namun, bukan semua orang percaya dia mampu.
Apabila seorang mak saudara mula mempertikaikan kelayakannya dan menawarkan untuk mengambil salah seorang adiknya, Anis mula goyah. Dia tahu dia penat. Tapi dia juga tahu yang dia dah tak sanggup kehilangan sesiapa lagi.

Kehadiran Cikgu Emir, guru baru yang tenang dan penuh misteri, pula menambah resah. Bagi Anis, Emir tak ubah seperti orang lain yang cuma datang untuk menilai, bukan memahami.

Mampukah Anis terus menggenggam tangan adik-adiknya - atau akhirnya dia perlu belajar melepaskan?
Dan dalam perjuangan mempertahankan keluarga, adakah dia masih ada ruang untuk percaya... bahawa dirinya juga layak disayangi?
All Rights Reserved
Sign up to add Terima Kasih, Kakak to your library and receive updates
or
#796sliceoflife
Content Guidelines
You may also like
Twisted Truth | OG by bluesyse
6 parts Ongoing
Asiyah Nufailah tidak pernah benar-benar percaya pada cinta selepas melihat sendiri ayahnya meninggalkan keluarganya, dan ibunya mati dalam keadaan misteri. Kini sebagai ahli terapi trauma, dia menolong pesakit-pesakit yang mengalami kehilangan walaupun dia sendiri belum sembuh. Kemunculan Rayyan Zafir, seorang pensyarah baru di universiti, membangkitkan sesuatu yang lama terkubur. Asiyah merasakan ada sesuatu dalam diri lelaki itu yang mengganggunya bukan takut, tetapi terlalu 'mengenali' dia. Sebuah rasa familiar yang tak masuk akal. Mereka bertemu dalam sesi bersama untuk program kesedaran trauma universiti, dan dari situ, perbualan mereka menjadi ruang kecil yang mekar dengan rasa. Tetapi semuanya mula berubah apabila Asiyah menerima satu diari lama ibunya yang hilang 15 tahun lalu, yang tiba dalam satu bungkusan misteri tanpa nama. Di dalamnya tertulis: "Jika aku mati dalam apa-apa kemalangan, ia bukan kemalangan." Asiyah mula menyiasat sendiri dan mendapati nama Rayyan pernah disebut dalam rekod kes silam ibunya, walaupun mereka tidak pernah bertemu. Siapa Rayyan sebenarnya? Kenapa wajahnya pernah muncul dalam mimpi Asiyah semasa remaja? Dan apabila Dr. Aidan muncul semula untuk "membantu", keadaan menjadi lebih kabur. Rayyan mula menyimpan rahsia daripada Asiyah, dan cinta mereka diuji apabila kebenaran tentang siapa Rayyan sebenarnya mula terbongkar dan hubungannya dengan kematian ibu Asiyah yang disangka kemalangan biasa.
Thriller : Encik Papa by Shhuoi
22 parts Ongoing
Setiap pasangan yang bertunang pasti mengimpikan hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin. Namun, bagi Arshiya Zahrah, impian itu hancur berkecai apabila tunangnya, Muhammad Al-Masi, memilih untuk hidup bersama adiknya sendiri. Tali pertunangan yang terjalin selama dua tahun itu terputus begitu sahaja, meninggalkan luka yang dalam di hati Zahrah. "Aku menunggu sampai waktu tak izinkan kita bersatu," - Zahrah "Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami," - Al-Masi Zahrah akhirnya mengumpulkan keberanian untuk melepaskan apa yang tidak boleh diubah, walaupun keputusan itu menyakitkan hati dan jiwa. Namun, kebahagiaan Al-Masi dan Shaqila tidak kekal lama. Nasib malang menimpa apabila mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka berdua di lokasi kejadian. Kematian mereka meninggalkan Adam Idris, anak mereka yang masih kecil. Zahrah, dengan hati yang hancur, membuka pintu hatinya untuk menjaga Adam dan memberikannya kasih sayang tulus seperti seorang ibu. "Ibu, maaf. Kalau setiap kali ibu melihat wajah saya, ibu menangis," "Memang Adam tidak bertuah seperti orang lain. Tetapi orang lain mungkin tidak sekuat Adam," Selepas kepercayaannya hancur, Zahrah menjadi takut untuk terikat dengan sesiapa sahaja. Namun, hidupnya yang tenang itu berubah apabila keluarganya mengatur perkahwinannya dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali. "Dulu aku kena redha adik kahwin dengan tunang aku... kali ni aku kena redha juga, kahwin pilihan umi abah," Zahrah Lelaki itu, Muhammad Hilel Akif, cukup misteri. Zahrah mula merasa curiga, terutamanya apabila dia akhirnya mengetahui pekerjaan sebenar Hilel. Namun, apakan daya, dia sudah menjadi isteri yang sah kepada lelaki itu. "Did I scare you?" "Pembunuh... kau yang bunuh mak ayah budak ni!" Bagaimanakah Zahrah menghadapi hakikat bahawa dia kini terikat dengan seorang lelaki yang mungkin membawa bahaya ke dalam hidupnya?
SUMPAH CINTA by nurzisma
52 parts Complete Mature
NURUL AIN, berperwatakan menarik,menjadi ibu tunggal pada usia yang muda, terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan...menyertai sebuah 'team building' untuk menjana pendapatan sampingan bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anaknya, mengheretnya ke dalam dilema hidup yang tidak bertepi....terpaksa mengenepikan prinsip hidup dan menelan sumpahnya sendiri yang serik menerima kehadiran insan yang bernama suami dalam hidupnya... Ekoran satu peristiwa hitam, beliau terpaksa menikahi seorang penyanyi yang juga merupakan bosnya dalam kumpulan 'team building' tersebut yang beberapa tahun lebih muda darinya...Dugaan demi dugaan harus ditempuhinya lagi...menjadi isteri kepada seorang selebriti bukanlah semudah yang disangka...menangani persepsi masyarakat terhadap perkahwinan 'segera'nya...apatah lagi statusnya sebelum bergelar isteri kepada AHMAD SUFRI, menimbulkan pelbagai tohmahan masyarakat...namun..., insan yang bergelar NURUL AIN ini dikurniai hati yang selembut sutera dan rela berkorban apa sahaja demi orang yang tersayang membuatkan sesiapa sahaja yang mengenalinya akan terpaut dengan pekerti mulianya itu... Sebagai seorang manusia biasa, yang bukan ma'sum seperti para nabi....mampukah NURUL AIN menempuh hari-hari mendatang...mampukah beliau membahagikan masanya yang juga merupakan seorang guru biasa dengan tugas sampingan bersama kumpulan bisnesnya dan mampukah beliau memberikan kasih sayang kepada suami baharunya dan anak-anaknya sendiri yang makin membesar..mampukah AHMAD SUFRI menerima kehadiran anak-anak beliau dalam hidupnya...? Ikutilah persoalan hidup NURUL AIN yang serba berselirat di dalam novel ini...
Cukuplah Cinta Itu by NurAzeera_
50 parts Complete
Tengku Arina, seorang wanita dari keluarga berada, hidup dalam dunia yang penuh dengan kemewahan tetapi kekosongan emosi. Setelah kematian ibunya, hubungannya dengan ayahnya, Tengku Sharifudin, semakin meruncing, terutama setelah ayahnya menikahi Umi Azizah, wanita yang berusaha mengambil hati Arina. Namun, segala usaha Azizah sia-sia, Arina semakin membenci ibu tirinya. Di tengah konflik keluarga ini, Ammar Daniel muncul sebagai satu-satunya lelaki yang berani menentang sikap angkuh Arina. Dalam situasi yang tidak diingini, Daniel melamar Arina di hadapan orang ramai . Walaupun terpaksa menerima lamaran itu, hubungan mereka dingin dan penuh ketegangan. Setelah berkahwin, Daniel melayan Arina dengan baik. Dalam proses itu, Arina mula berubah menjadi wanita yang lebih baik dan akhirnya jatuh cinta kepada suaminya. Namun, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama apabila Tengku Atiya, kakak kepada Arina, muncul dengan niat membalas dendam dan menuduh Arina berbuat curang. Daniel yang terpengaruh dengan tuduhan tersebut mula menyiksa Arina, menjadikannya seperti orang gaji dan mencaci isteri yang sedang mengandungkan anaknya sendiri. Ketika kebenaran terbongkar, Daniel menyesali tindakan dan kata-katanya yang menyakitkan. Kini, dalam perjalanan untuk mencari pengampunan dan cinta semula, Daniel berusaha untuk memenangi hati Arina. Adakah Arina akan membuka pintu hatinya semula kepada Daniel, atau adakah luka yang ditinggalkan terlalu dalam untuk diubati?
Penulis Yang Tak Diiktiraf  by aqdzzln
42 parts Complete
Karya ini adalah rekaan semata-mata. Begitu juga dengan semua nama dan watak dalam karya ini. Amaran! Karya ini mungkin mengandungi kata-kata kasar dan mungkin boleh menyentuh sensitiviti sebahagian pembaca. Karya ini masih ditulis dan mungkin akan ada penyuntingan dari semasa ke semasa termasuk ; bab yang telah disiarkan mungkin akan disunting semula. ____________________________________________ Syahir dan Fikri, sudah lama menjalani kehidupan tanpa ibu dan ayah kandung mereka. Mereka tinggal bersama Zurinah, ibu tiri mereka. Fikri yang sudah dewasa terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dia sentiasa berusaha untuk mengubah nasib keluarganya walaupun dengan cara yang membahayakan diri. Syahir pula, dunianya hanya di dalam rumah dengan kerusi rodanya sebagai penyokong. Usianya sudah menginjak 18 tahun, namun masanya seakan terhenti sejak 10 tahun lalu. Ketika itu dia kemalangan dan dia hilang segala-galanya. Hilang seorang ayah, kasih sayang Zurinah, keupayaan berjalan dan masa mudanya. Semua itu lesap sekelip mata. "Abang akan sayang Syahir seperti mana abah sayang kita semua." -Fikri Dizzlan- "Kalau ikutkan hati, aku pun dah tak nak hidup lagi." -Syahir Dizzlan- Segalanya berubah selepas Fikri menemukan manuskrip novel yang ditulis oleh Syahir. Penemuan ini membuka pelbagai konflik dan sisi yang berbeza. Ujian demi ujian terus menimpa mereka. Kasih sayang yang dulunya menjadi kekuatan kini mula dipersoalkan. Adakah mereka akan menghadapinya bersama? Atau terpisah di pertengahan jalan? Ikuti kisah penuh emosi dan perjuangan dalam novel "Penulis Yang Tak Diiktiraf" untuk mengetahui apa nasib mereka di penghujung cerita.
You may also like
Slide 1 of 8
The Devil's Wife [EDITING] cover
Twisted Truth | OG cover
Thriller : Encik Papa cover
SUMPAH CINTA cover
Cinta Hati Rafael|C cover
Cukuplah Cinta Itu cover
Masih Ada Dia  cover
Penulis Yang Tak Diiktiraf  cover

The Devil's Wife [EDITING]

4 parts Ongoing

"aku nak kau ganti tempat adik kau" Kata kata itu dalam sekelip mata mengubah hidup gadis bernama Sofia Abrams. Mengahwini lelaki yang dia langsung tak kenal susah untuk dia menerima. Namun kerana terdesak ingin melarikan diri dari bakal suaminya dia sanggup ambil jalan yang berisiko untuk diri sendiri. Tidak dia jangka, keluar mulut buaya masuk pula mulut harimau. Tapi lelaki itu bukan sekadar harimau malah seseorang yang mampu buat apa yang dia nak. He's powerful and dangerous. "Cinta? Itu hanya alat untuk mereka yang lemah" "Jangan terlalu meremehkan cinta. Saya takut awak yang tersungkur nanti" Mereka saling tidak mengharap tentang cinta namun kerana 'sesuatu'. Ace membuka langkah maju mendekati Sofia. Sofia pula terpaksa menerima dengan hati yang terbuka demi selamat kan diri dari bekas teman lelaki adiknya. Namun kebahagiaan mereka hanya sementara. Hailey Russell tiba bersama rahsia yang di sembunyikan oleh Ace. Seorang demi seorang menghancurkan Sofia dan dia memilih untuk melarikan diri. Namun, rahsia paling besar terungkap. Sesuatu yang mampu buat jiwa Ace runtuh. Siapa tahu bila saat sisi gelap seseorang akan muncul hanya kerana satu pengkhianatan? Atau semuanya dari awal hanya permainan yang di ciptakan? "I was raised to hate you... but my heart never learned how" "If I could turn back time, I wouldn't let go of your hand for even a second"