I Found You (OG)

I Found You (OG)

  • WpView
    Reads 1,667
  • WpVote
    Votes 136
  • WpPart
    Parts 13
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Jul 19, 2025
Ada cinta yang kita genggam diam-diam. Ada rindu yang kita simpan bertahun-tahun. Tapi ada juga perpisahan yang berlaku bukan kerana tidak sayang, tetapi kerana terlalu cinta. Aireen Arisha tahu cintanya kepada Joshua Zhang adalah cinta yang tak mungkin diizinkan. Dia Muslimah dan Joshua pula Kristian, anak lelaki berbangsa Cina yang dibesarkan dalam keluarga liberal dan terbuka. Apa yang mereka miliki bukan sekadar rasa, namun keserasian jiwa yang tidak dirancang, tidak diundang. Saat Joshua menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam demi cinta, Aireen menolak walaupun hatinya hancur. "Kalau awak masuk Islam, biarlah kerana Allah. Bukan kerana saya." - Aireen Arisha. Dan begitulah mereka berpisah, tanpa dendam, hanya dengan luka yang tidak pernah diberi nama. Tahun-tahun berlalu. Aireen mendirikan rumah tangga atas dasar reda, namun bukan semua reda membawa bahagia. Saat kepercayaan dikhianati dan luka kembali terbuka, dia memilih untuk pergi, terapi kali ini bukan kerana sesiapa, tetapi demi dirinya sendiri. Dalam perjalanan membina semula hidup yang pernah runtuh, cinta lama hadir kembali. Dan kali ini, mereka bukan lagi dua insan yang sama seperti dulu. Mereka datang dengan luka, dengan doa, dan dengan versi diri yang telah belajar melepaskan.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Yang Terlarang Itu Godaan
  • Sesempurnanya Akad Itu
  • Bertahan demi cinta
  • Hanya Di Dalam Doa ✔
  • Tepat Memiliki
  • Will You Love Me Again, Cinta Hati? (Slow Update)

"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardiana Anoura. "Atas nama CINTA, segala apa yang kulakukan hanyalah untukmu sayang. Hadirlah seribu bidadari, tetap engkau yang kumahu. Tanpamu aku 'mati'. Aku perlukan kesetiaan dan kecintaanmu untuk terus 'hidup'. Jangan kau khianati cinta suci ini. Andai ianya terjadi, maka luluhlah hatiku. Saat itu aku harus redha, namun melepaskanmu bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin aku harus 'mati' agar tiada hati yang tersakiti." - Muzaffar Irsyad. Akan bahagiakah tiga hati, andai CINTA harus dibahagi? Disclaimer: Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekiranya ada, ianya hanyalah suatu kebetulan sahaja. Sebuah cerita hasil kolaborasi bersama @MrsYurina

More details
WpActionLinkContent Guidelines