Story cover for 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐩𝐢, 𝐀𝐝𝐚 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠  by aindas
𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐩𝐢, 𝐀𝐝𝐚 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠
  • WpView
    Reads 36
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
  • WpView
    Reads 36
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
Ongoing, First published Jun 13
𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙕𝙪𝙝𝙖𝙮𝙧 𝙄𝙨𝙠𝙖𝙣𝙙𝙖𝙧, bukan orang jahat. Dia cuma penat.

Penat dengan masa lalu yang memukul jiwanya, penat dengan dunia yang menekannya diam-diam dan penat dengan gambaran Tuhan yang pernah dikenalkan kepadanya dengan penuh rotan dan ancaman. Sejak kecil, agama baginya bukan tempat berteduh, tapi penjara yang dipaksa masuk. Dan sejak itu, dia lari. Jauh.

Namun dalam kesunyian kota dan kesibukan palsu kerjaya, Zuhayr mula dihimpit kekosongan yang tidak dapat dijelaskan. Dia tidak tahu apa yang dia cari, cuma dia tahu bahawa ada sesuatu yang hilang, dan jiwanya tidak pernah benar-benar hidup.

Satu hari, berita kematian ayahnya sampai. Seorang ustaz kampung yang tegas dan berani dalam urusan agama, yang terakhir dilihat Zuhayr hampir sepuluh tahun lalu. Panggilan itu membawa Zuhayr pulang ke kampung, bukan dengan air mata, tapi dengan kekeliruan dan beban hati.

Namun, kepulangan itu bukan sekadar menatap jenazah. Ia adalah permulaan kepada sebuah perjalanan untuknya. Satu surat terakhir yang arwah ayahnya tulis adalah salah satu asbab dirinya kembali mencari jalan yang benar itu semula.

Dan kehadiran seorang wanita bernama Nurul Ain Mahfuzah, jiran lamanya yang dulunya tidak pernah dia pedulikan sama sekali. Semua itu perlahan-lahan membuka pintu jiwa yang telah lama terkunci.

❝Dalam Sepi, Ada Jalan Pulang❞ bukan kisah taubat yang sempurna, bukan juga cerita cinta yang mudah. Ia adalah kisah seorang manusia biasa yang pernah patah kerana agama, dan kini kembali cuba mengenal semula makna iman, kasih Tuhan dan diri sendiri. 

Dalam cara yang sunyi, perlahan dan sangat manusia.

𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙨𝙚𝙢𝙗𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣...
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐩𝐢, 𝐀𝐝𝐚 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 to your library and receive updates
or
#26lovelife
Content Guidelines
You may also like
HER | ADAM X ARRIEYA by folleone_
49 parts Complete
- H I A T U S - GENRE : ROMANCE START : FIRST PKP Rose Arrieya merupakan anak kepada pasangan Tan Sri Amin dan Puan Sri Maria. Kehidupannya mula berubah bila hubungannya dengan tunang tersayang terputus. Daripada seorang yang ceria dan baik hati, kini dia berubah menjadi seorang yang sombong dan bongkak. Arak ? Kelab malam ? Itu sudah tercatat dalam kehidupan hariannya. Disebabkan kesalahan sendiri, dia telah hilang satu-satunya mahkota perempuan. Kerana itu, dia telah hilang semuanya. Kekayaan, Hiburan, Kebebasan, keluarga. Kini, bermulalah kehidupannya tanpa keluarga di sisi. Tiada lagi keluarga yang selalu menyokong. Nasib gadis itu baik bila ditemukan dengan ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak lelakinya sehingga menjadi seorang pelukis. Satu persatu masalah timbul. Pemuas nafsu. Itulah gelaran yang dilemparkan kepadanya. Itulah seorang Rose Arrieya dimata Masyarakat. Setelah derita mula bertukar menjadi kebahagiaan, sekali lagi dia diuji. Peristiwa hitam yang menghantui hari-harinya sering diungkit suami tercinta. Perkataan menyesal disatukan dengan gadis itu mula menjadi zikir di bibir si suami. Tak layakkah aku untuk bahagia ? Itu lah soalan yang sering ditanya pada diri sendiri. Masih ada lagikah ruang untuk dia bahagia ? Adakah pengakhirannya seperti novel ? "Aku tak pernah jumpa perempuan sehebat kau, Arrieya. Kau seorang yang tabah. Percayalah ni keputusan yang terbaik untuk kau dan aku. Rose Arrieya binti Amin, aku ce-"
You may also like
Slide 1 of 10
Perangkap  cover
HER | ADAM X ARRIEYA cover
Abang Angkat ( BL ) cover
Terungkapnya Janji [C] cover
Budak Str8 Pemuasku cover
• k𝒾kilala • cover
SERAKAH cover
MY BOS BECOME MY WIFE cover
Hayfa Naylani cover
AARIZ ZAYYAN: HER ALBATROSS [C] cover

Perangkap

8 parts Complete

Kisah 1 : Affan seorang lepasan IPTA yang sedang mencari pekerjaan, terpaksa membuat kerja lain untuk menyara hidup. Kerja sebagai "Peneman" yang jarang-jarang ditawarkan. Sehingga satu hari dia bertemu dengan Cik Laila Apa itu "Peneman"? Perangkap? Siapa punya Idea? Baca dan teka sendiri cerita pendek ini.