Untuk Cinta

Untuk Cinta

  • WpView
    Reads 65
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Jul 11, 2025
"saya tak percayakan cinta." - Natasha Aulia Itulah yang menjadi pegangan hidupanya. Jangan pernah utamakan cinta di dalam kehidupan. Kemunculan seorang lelaki yang bermulut manis sejak kali pertama mereka bertemu menjadikan hidup Tasha huru-hara. Ada sahaja kata-kata manis setiap kali mereka berdua bertemu. "Eh, sayang..." - Aarif Eiman "Eh, orang sengal!" - Natasha Aulia Dia bencikan lelaki itu. Baginya dia perlu menjauhkan diri daripada lelaki mulut manis. Apatah lagi papa kepada Aarif itu telah berniat menjadikan dia isteri keempat. Lagilah dia tidak boleh mempercayai kesetiaan lelaki itu. Perkara yang paling malang sekali, seorang lelaki asing telah masuk meminangnya. Makin pening Natasha dibuatnya apabila papanya suruh dia bertemu dengan lelaki tersebut sebelum membuat keputusan untuk menolak pinangan tersebut. "Aarif?" - Natasha Aulia "Sayalah lelaki yang masuk meminang awak." - Aarif Eiman Belum sempat Natasha membuat keputusan , mereka berdua telah disatukan disebabkan satu kemalangan. Perkara itu, menyebabkan Natasha semakin tidak pasti dengan perasaannya sendiri terhadap Aarif. "I don't love you." - Natasha Aulia "You love me but you scared to show it."- Aarif Eiman Terkedu Tasha dibuatnya. Betulkah dia cintakan suaminya itu? Tetapi kenapa dia akan menggigil serta sesak nafas setiap kali suaminya itu berdekatan dengan dirinya. Perkara itu membuatkan Tasha mula berasa musyil dengan dirinya. Philophobia, itulah fobia yang dia ada. Fobia terhadap cinta. Mungkin kedengaran tidak masuk akal tetapi itulah yang dihadapi oleh Tasha sekarang. Makin sakit kepala Tasha dibuatnya. "Abang akan bantu sayang hadapi fobia, I promise Mi Amor." - Aarif Eiman Mampukah Tasha menghadapi fobianya serta mencintai suami yang dikahwininya itu?
All Rights Reserved
#272
malaynovel
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Forever Isn't What We Promised
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄
  • Permission to Fall, Prof!
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Racing King
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • HELLO QASWAR

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines