FIRST STORY
Nur Aysha Fatma, seorang gadis pendiam dan sederhana, hanya mengenali dunia sekolah sebagai tempat belajar dan tempat memerhati dari jauh. Tapi hatinya tersangkut tanpa disedari pada seseorang yang tak pernah menyedari kewujudannya secara mendalam.
Izyan Hamzi, senior sekolah merangkap sahabat baik abangnya sendiri,Aydin Fadhlah.
Bertahun-tahun Aysha menyimpan rasa dalam diam. Cinta itu mekar perlahan, tanpa suara. Dia tak berani meluah, takut kehilangan, takut salah faham, dan paling dia takut adalah abangnya tahu.
Tanpa pengetahuan Aysha, Izyan sebenarnya turut terpaut pada keperibadian Aysha. Sejak di sekolah menengah , dia mula menyedari kehadiran gadis itu dan mula menyulam rasa. Namun cinta itu terhenti sebelum sempat bermula-sebuah kemalangan menimpa Aysha, meragut ingatan tentang Izyan. Bukan sahaja dia lupa tentang rasa itu, malah dia membenci Izyan tanpa tahu sebabnya.
Izyan pasrah... tapi tak pernah berundur.
Demi mendekati Aysha semula, dia membuat keputusan besar: meninggalkan kerjayanya sebagai arkitek dan menjadi pensyarah di universiti tempat Aysha menyambung pengajian. Dalam diam, dia cuba menghidupkan semula cinta yang pernah ada, walau dia kini hanya seorang "lecturer" di mata gadis itu.
Tapi mampukah cinta yang hilang dalam memori, tumbuh semula di hati yang penuh kekeliruan? Atau Aysha akan terus membenci seseorang yang dulu, dia pernah sayang sepenuh jiwa?Apakah pengakhiran cinta mereka?Adakah baik atau sebaliknya.Jom kita nantikan.
Cerita daripada kisah sebenarnya author.
*jgn sesekali plagiat cerita ini ye.syg korang semua 😘
Start : 23 Oct 2025
End : ?