Antara dua nama , Satu janji (Complete)

Antara dua nama , Satu janji (Complete)

  • WpView
    Reads 298
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 41
WpMetadataReadComplete Mon, Jun 1, 2026
Lara Inara, seorang gadis introvert, akhirnya bersetuju untuk ke Korea - atas pujukan sahabat baiknya yang tahu Lara menyimpan satu impian kecil sejak dulu: mendapatkan photocard idol kegemarannya, RAYN dari kumpulan terkenal, VELIN. Tapi jauh di sudut hati, Lara sendiri tak pasti... adakah dia sekadar peminat, atau sebenarnya sedang mencari sesuatu yang lebih peribadi? Takdir seolah-olah menyebelahinya apabila dia ditawarkan menyertai program pertukaran kerja selama tiga bulan di sebuah hospital di Korea. Namun perjalanan itu tidak sekadar tentang kerja - ia membuka semula pintu kepada kenangan yang lama disimpan. Di Myeongdong, Lara terbeli sebuah album dari kedai kecil yang hampir tidak wujud dalam peta. Bukan photocard yang dia jumpa, tapi sekeping surat lama bertandatangan dua huruf: S.C. Surat itu mengingatkannya pada Seon Cheol, lelaki yang pernah dikenalinya semasa belajar di Korea - dan pernah berjanji: "Saya nak kejar mimpi saya. Tapi kalau satu hari saya berjaya... saya janji saya akan cari awak dulu." Sejak itu, satu demi satu kenangan muncul kembali. Dan di hospital tempat dia ditugaskan, Lara bertemu dengan seseorang yang terlalu serupa... tapi kini dikenali dengan nama lain: RAYN. Dalam masa yang sama, Haris - rakan sekerja yang sentiasa ada di sisi - mula menunjukkan rasa yang lebih dari sekadar teman. Tapi Lara masih dihantui masa lalu yang belum selesai... dan masa kini yang penuh dengan tanda-tanda yang sukar diabaikan. Kerana kadang-kadang, orang yang kita cari tak pernah benar-benar jauh. Cuma nama mereka yang berubah... tapi janji itu tetap sama.
All Rights Reserved
#5
kpopidol
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • RAHSIA 4 FAIL NISSA
  • tuan farhan
  • 40 Ritual Malam
  • isteri ku
  • Mama
  • ustazah hawra

Azhar menyangka hidupnya akhirnya berada di landasan yang betul apabila bertunang dengan Nur Annisa-seorang wanita bertudung, tutur kata lembut, sentuhan yang menenangkan, dan pandangan mata yang seolah-olah menjanjikan ketenangan seumur hidup. Di hadapan keluarga dan masyarakat, Nisa ialah wanita ideal-tenang, terjaga, dan kelihatan terlalu sempurna untuk diragui. Azhar memilih untuk percaya, walaupun ada ruang-ruang sunyi tentang diri Nisa yang tidak pernah benar-benar terbuka. Kepercayaan itu mula terasa rapuh apabila Azhar secara tidak sengaja menemui beberapa fail tersembunyi dalam telefon Nisa. Setiap fail membawa nama lelaki yang berbeza-seperti pintu-pintu yang tidak sepatutnya dibuka. Apa yang ditemuinya bukan sekadar bayang-bayang masa lalu, tetapi sesuatu yang membangkitkan perasaan asing dalam dirinya: denyutan cemburu yang bercampur rasa ingin tahu, ketegangan yang perlahan-lahan berubah menjadi tarikan yang sukar dijelaskan. Semakin jauh Azhar menyelami rahsia di sebalik senyuman dan sentuhan Nisa, semakin jelas bahawa wanita itu bukan sekadar menyimpan rahsia-dia sedar akan keinginannya, pilihan-pilihannya, dan kuasa yang dimilikinya ke atas lelaki-lelaki di sekelilingnya. Setiap penemuan bukan sahaja membuka kisah Nisa, tetapi juga mendedahkan sisi Azhar yang tidak pernah dia kenali. Di akhirnya, Azhar sedar bahawa konflik sebenar bukan tentang kesetiaan atau pengkhianatan, tetapi tentang batas diri dan keberanian menerima kebenaran yang mengubah segalanya. Apa yang bermula sebagai cinta yang "selamat" perlahan-lahan berubah menjadi perjalanan gelap yang menguji keinginan, identiti, dan makna penerimaan tanpa ilusi. Disebabkan kandungan agak eksplisit, anda boleh sambung baca dia https://www.penana.com/user/314250 Kerana wattpad tidak membenarkan kandungan sedemikian. Jumpa anda disana!!

More details
WpActionLinkContent Guidelines