
Adrean Mikhail, seorang lelaki berusia 23 tahun, berperwatakan dingin dan penuh dengan karisma yang sukar didekati. Dia merupakan bekas pelajar Oxford University dan kini menjawat jawatan sebagai CEO Adrian's Holding, sebuah syarikat gergasi yang diwarisi daripada keluarganya. Disiplin, tegas, dan sentiasa serius dalam segala hal, Adrean tidak pernah membuka ruang untuk sesiapa menyentuh emosinya. Ariesa Adelia, gadis berusia 20 tahun, pula berjiwa bebas dan lantang bersuara. Bekas pelajar International High School dan kini pelajar Universiti Putra Malaya dalam bidang fesyen, Ariesa akhirnya berjaya mengukuhkan nama sebagai fashion designer muda yang berbakat besar. Dia berdikari, berani mencabar arus, dan tidak mudah tunduk pada tekanan. Pertemuan kedua mereka berlaku apabila Adrian's Holding memeterai kerjasama dengan syarikat fesyen yang Ariesa kendalikan. Dari saat pertama perbualan mereka, yang semuanya berlangsung dalam Bahasa Inggeris, suasana sudah mula tegang. "You're too stubborn." - Adrean Mikhail. "And you're too cold to even understand creativity."-Ariesa Adelia. Setiap pertemuan menjadi pertempuran kata-kata. Mereka sering bercanggah pendapat, tidak pernah sehaluan, tapi entah bagaimana, hati Ariesa mula tertarik kepada sisi Adrean yang tersembunyi di sebalik wajah dinginnya. Namun Adrean bukan mudah untuk jatuh cinta. "I'm not the kind of man you fall in love with." -Adrean Mikhail. "That's funny. Because I just did." - Ariesa Adelia. Dia menolak. Berkali-kali. Tapi bila takdir sudah menulis jalan mereka, sebesar mana pun pertahanan yang dibina, cinta tetap menemukan jalannya. Adrean Mikhail adalah kisah pertembungan dua dunia, dunia yang dikawal dengan logik dan kekuasaan, dan dunia yang digerakkan oleh emosi dan impian. Dalam perbezaan itulah, mereka belajar bahawa cinta bukan tentang siapa yang menang dalam perdebatan, tetapi siapa yang berani menyerahkan hati. start ; 15.6.2025 end ;Public Domain
1 part