Nashriq Zayden Al-Fayez, seorang lelaki yang jenis tak banyak cakap, setiap kata dia penuh makna dan buat orang fikir dua tiga kali, dialah paling ego, keras kepala, tidak kisah tentang fikiran orang lain. Aura dia sangat kuat sampai pekerja dia sendiri pun takut. Dengar nama pun dah naik bulu roma, apatah lagi bila berjumpa depan-depan. Nashriq bukan jenis lelaki yang suka nak dekat dengan perempuan, apalagi bercinta. Dia tidak pernah merasai apa itu cinta dan tidak mahu tahu.
Nerissa Lyanna Izdhar, seorang perempuan happy go lucky dan senang berborak dengan orang sekeliling, Nerissa jugak jenis yang cakap main lepas dan baran, kalau dia berlawan tekak dengan sesiapa pun, memang dia menang. Dia tidak kisah tentang hidup dia yang berstatus tinggi, dia layan semua orang sama rata. Nerissa adalah jenis perempuan seperti Nashriq, luar nampak lembut & sopan, tapi hati dia keras bila bab bercinta, dia rasa cinta tu membazir masa.
Nashriq dan Nerissa tidak pernah bersapa walaupun dorang dalam kelas course yang sama, itu pun sebab Nerissa selalu nampak Nashriq hanya bergaul dengan best friend dia, Aidan.
"Hei! Dah langgar orang pastu tak pandai nak sorry?" - Nerissa Lyanna
"Aku dah minta maaf kan tadi? Nak aku melutut pulak ke?" -Nashriq Zayden
Dan dari situ kisah mereka bermula, cuma diorang saja belum tahu. Adakah takdir akan pertemukan mereka selepas bertahun tidak berjumpa? Adakah mereka masih membenci antara satu sama lain?
"Kau? Kau buat apa kat sini?!" -Nerissa Lyanna
"Dah nama pun company family aku, suka hati akulah nak buat apa. Kau tu yang menyibuk." -Nashriq Zayden
Walaupun mereka menghadapi banyak cabaran bersama, cinta mereka kuat.
"I love you, sweetheart. Don't break my heart." -Nashriq Zayden
Sejauh manapun mereka, kalau dah nama jodoh, mestilah kembali bersama kan? Sebab Nashriq rasa dia bukan siapa-siapa tanpa Nerissa.
started : 18/6/2025