41 parts Complete MatureCinta yang pernah membahagiakan, kini menjadi penjara yang menyakitkan.
Putra Qadi bukan lelaki yang mudah menyerah pada cinta.
Namun bila dia jatuh, hatinya hanya untuk seorang - Amara Rose, wanita yang kini bergelar isterinya.
Dulu dia mengangkat wanita itu setinggi langit,
Kini dia menolak jauh, seolah-olah tak pernah wujud kasih.
Hati yang pernah memuja, kini menjadi dingin, tajam dan membunuh dalam diam.
Amara cuba bertahan. Dia cuba mencintai seperti dulu.
Namun bila layanan suaminya semakin menyakitkan, semakin menghina,
dia tahu - sesuatu dalam perkahwinan ini sudah mati.
Dan dia ingin pergi.
Tapi Putra takkan melepaskannya semudah itu.
Kerana dalam hatinya, masih ada cinta.
Dan dalam fikirannya - hanya dengan perkahwinan ini dia dapat membalas segalanya.
Antara cinta dan luka, siapa yang lebih kejam -
yang menyiksa, atau yang tetap memilih untuk tinggal?