Arya baru sahaja sembuh daripada penyakitnya setelah bertahun-tahun dirawat dan dijaga oleh Haura. Haura bukan sahaja menjaga, dia jugalah yang membahagiakan hidup Arya selama ini. Haura berikan segala yang dia perlukan. Tempat tinggal, kasih sayang dan sebuah keluarga. Tapi sekarang, Haura bakal berkahwin dengan kekasih pujaan hati, Haider.
"Sunyilah aku nanti bila kau tak ada."
"Kalau macam tu, kau pun kena kahwin juga,"
Tanpa disangka, Haider merupakan sepupu dan teman rapat kepada Lucca, bekas kekasihnya.
Lucca - seorang jejaka sempurna dan mempunyai segala-galanya. Dia pernah berjaya menakluki hati dan perasaan Arya dahulu. Sayangnya, lelaki itu telah hilang selama bertahun-tahun meninggalkan Arya sendirian.
"Awak dah lama pergi dari hidup saya, kenapa awak muncul semula?" - Arya Izzahra
"Aku terpaksa pergi. Bukan niat aku untuk tinggalkan kau." - Lucca Axel Raven
Kepulangan Lucca bukan sahaja kerana mahu mengambil alih syarikat Axel's Hotel, tetapi juga untuk meninggalkan tugasnya sebagai seorang Pembunuh Bersiri. Kali ini, dia tekad mahu berubah, dia tidak akan menjadi manusia kejam lagi!
Cinta yang hilang kini mekar semula. Keadaan sekeliling memaksa Lucca untuk berkahwin dengan Arya. Arya menerima lamaran itu demi keselamatan dirinya dan juga kerana cintanya yang tidak pernah hilang. Tetapi, perkahwinan mereka ternyata sebuah kesilapan. Mereka tidak bahagia. Penyakit Arya menyerang semula dan Lucca masih tidak mampu untuk keluar dari kisah silamnya. Mereka berkahwin untuk saling membahagiakan tetapi mengapa lebih sengsara jadinya?
"Mental saya sakit, Hati saya terluka, Jiwa saya hilang, dan Hidup saya hancur disebabkan awak!"
"Saya terikat dengan kisah silam saya. Hidup saya penuh dengan kegelapan. Maafkan saya. Saya tak cukup sempurna untuk awak,"
Benarlah, aturan Tuhan itu indah jika kita redha dan melepaskan apa yang bukan milik kita.
My first Published story - hope u like it!
Don't forget to vote!
Luv u guys!
~mssfancy
Seorang guru disiplin telahpun mati pada 2 tahun lalu! Namun, sekolah terasa dihantui.. Dalam tempoh itu juga bilik disiplin terpaksa dipindahkan kerana sesiapa sahaja yang memasuki bilik guru disiplin itu pasti akan mengalami gangguan! Maka, setelah itu.. sebuah skuad telah ditubuhkan.. Skuad khas yang dianggotai hanya 5 orang pelajar terpilih.. Bersama skuad ini..muncul juga dua skuad lain yang terkait akan misteri Hantu Bilik Guru Disiplin ini..
#Skuad Penyiasat Paranormal
#Skuad Saintis Muda
#Skuad Wartawan Glamour..
Apakah yang akan terjadi? Nak tahu.. silalah baca!?
Perhatian! Kisah ini adalah milik saya! Tidak dibenarkan copy cerita ini..
Sekiranya, terdapat kesamaan dalam cerita ini dengan novel yang lain.. itu adalah unsur ketidaksengajaan..
Harap Maklum!☺