Story cover for SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI [SU] by __syhadh
SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI [SU]
  • WpView
    Reads 1,120
  • WpVote
    Votes 127
  • WpPart
    Parts 22
  • WpView
    Reads 1,120
  • WpVote
    Votes 127
  • WpPart
    Parts 22
Ongoing, First published Jun 21
2 new parts
﷽

- SYUHADAH 13th book

Mencari makna hidup dalam keadaan dikelilingi dengan penghinaan dan kebencian sememangnya tidak mudah. Jelas sekali hidupnya tidak pernah merasai nikmat yang indah seperti insan lain.

Kasih sayang?

Sejak kecil, hanya kakaknya yang sentiasa menanam rasa itu. Hendak mengharapkan ibu dan ayah, mereka cuma tahu melayani ketagihan terhadap bahan terlarang setiap hari.

Sahabat?

Ia bahkan tidak pernah wujud dalam hidupnya walau sekali. Kemiskinan dan prestasi pembelajarannya yang sering merosot membuatkan tiada seorang pun ingin mendekati dan memahami nasibnya. Malah, mereka lebih gemar menambah rasa rendah dirinya dengan mengejek dan menghina keadaannya yang tidak seberapa.

"Lepas ini Affan usaha lagi. Kakak nak tengok Affan berjaya."

Cara untuk berfikir positif juga dia tidak tahu. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar, hanya ayat yang sama akan keluar dari mulut.

"Affan bodoh."

Sehingga si kakak juga kadangkala menyerah kalah untuk memberi nasihat kepadanya lagi.

Pada saat-saat dia memerlukan, diri itu diuji lagi dengan kenyataan yang lebih memilukan. Kehilangan insan yang menjadi sumber kekuatannya mengundang kehadiran rasa putus harapan dalam hidup.

Dia buntu.
Dia lelah.
Kerana dia juga manusia yang ingin merasai nikmat gembira.

"Kau berambus dari rumah aku!"

"Suami tak guna!"


Terimalah, SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI.




AMARAN!
Terdapat penggunaan bahasa yang kesat dan unsur-unsur penyalahgunaan dadah. Harap maklum.




START: 22 JUN 2025
END: idk ;)
All Rights Reserved
Sign up to add SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI [SU] to your library and receive updates
or
#64school
Content Guidelines
You may also like
The Heir of Sun Dragon by Shura72
139 parts Ongoing
Kisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang mempunyai darah keturunan naga, Dragonborn. Dia tinggal di Negara Wikuza, negara yang handal dalam penggunaan Magis. Awal kehidupannya, Elza merupakan gadis yang ceria. Tetapi, lepas tragedi yang menimpa ibu angkatnya, personaliti Elza berubah 180 darjah. Elza menjadi gadis yang dingin dan tidak mengambil kisah tentang orang lain. Matlamatnya hanya ingin membalas dendam pada pembunuh ibu angkatnya. Sesiapa yang menghalang dia daripada mencapai matlamatnya, dia tak akan teragak-agak akan membasahkan tangannya dengan darah. Tetapi, dalam misi mencari pembunuh ibu angkatnya, dia ditempuhi pelbagai ujian. Boleh kah dia menghadapinya seorang diri? Tambahan lagi, ada Kumpulan Gelap yang ingin memburunya tanpa sebab. Makin serabut dibuatnya. Mereka mengelar diri mereka sebagai Dragon Slayer, pembunuh naga. "I don't care if you're an Emperor or a King. If you get in my way, I will cut your throat!" ujar Elza. Wajahnya dingin. . "This isn't you, Elza! Apa yang kau dapat kalau kau bunuh dia!?" "Shut the fuck up! He killed my mother!" teriak Elza dengan mata yang bercahaya keemasan. . "You...! You dare...! You dare speak like that to your Emperess!?" "I don't cere, bitch. I do what I want." gumam Elza sambil menunjuk jari tengah. Wajahnya kosong. Kawan-kawannya meraup wajah dan mengeluh mendengar respon Elza. ... -Language: Bahasa Melayu+English -Gambar dalam cerita ni kebanyakannya dari google dan hanya sebagai rujukan imaginasi reader. [DISCLAIMER] SEMUA WATAK DAN JALAN CERITA ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. TIADA YANG KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU PUN SUDAH MENINGGAL. JIKA ADA PERSAMAAN, IANYA HANYALAH SATU KEBETULAN.
HUD 1 [C] by __syhadh
47 parts Complete
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 7th BOOK MUHAMMAD HUD HAZWAN. Sememangnya tidak mudah hidup sebagai orang kurang upaya. Meskipun hanya sedikit kecacatan yang dialami, dugaan yang menerpa diri lebih berat. Redha. Satu kalimah yang mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Sakit. Tetapi dia yakin, bahawa Allah SWT akan memancarkan sinar kebahagiaan buatnya suatu hari nanti. Layanan kasih sayang daripada ibu bapa juga tidak dia rasai. Adik-beradik juga tidak mahu menerima kekurangannya. Hanya caci maki, penghinaan dan kebencian yang mengiringi hayatnya. "Ayah, Hud takut... sejuk." "Kau ada bilik, kan? Berambus pergi bilik kau sana!" Insan yang sepatutnya melindungi juga memberikannya layanan buruk. Apatah lagi ibu yang melahirkan. Hendak menangis juga tidak berguna. Dia sudah kekeringan air mata. Dia sudah lali dengan segala ujian yang menimpa diri. Di sekolah juga dia keseorangan. Hendak berkawan tiada yang sudi, tetapi ejekan pula yang dia terima setiap hari. "Hud cacat." "OKU! Cacat!" Sabar sajalah yang dia mampu buat masa itu. Remuk di kalbu sudah tidak dihiraukan lagi. "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 1. - Sebahagian daripada cerita ini adalah berdasarkan kisah benar manakala sebahagian lagi cumalah rekaan penulis semata-mata. - Nama watak yang terdapat di dalam cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh semua pembaca. START: 20 DISEMBER 2024 END: 4 FEBRUARI 2025
Akad Tanpa Rela by arnisyaaira
45 parts Ongoing
"Aku cakap tak nak kahwin, ma! Papa!" Suara Ziyad Afnan bergema kuat dalam ruang tamu banglo mewah tu. Urat tengkuk jelas timbul, rahang maskulin dia makin keras bila menahan marah. "Cukuplah, Ziyad. Umur kamu dah 27 tahun. Mama dengan papa nak tengok kamu settle down. Azra tu pilihan kami. Bukan budak sebarang," papa tegas, langsung tak beri ruang untuk bantahan lagi. Ziyad ketap bibir, tangan masuk poket. Azra? Siapa budak kampung yang mama papa puja sangat ni? Rania - girlfriend dia sendiri pun kena reject sebab "terlalu sosial, suka club". Sekarang dia nak disumbat dengan budak kampung entah apa rupa. "Budak kampung tu, ma? Come on... I don't even know her." Nada sinis dia menikam, tapi mama tetap berkeras. "Kamu tahu tak Rania tu macam mana?" suara mama meninggi, "Mama dengan papa takkan restu perempuan sosial tu masuk family kita. Azra jauh lebih baik." Ziyad hempas badan ke sofa, kepala toleh ke tepi. Azra Khalisya... nama pun lembut sangat. Entah muka macam mana. Jangan la rupa kampung typical. Kalau mama papa kata baik sangat, sure lah plain, membosankan. --- Nun jauh di kampung, Azra Khalisya tunduk memeluk lutut di hujung katil kayu jati. Kulit cerah halusnya kontras dengan baju kurung putih polos. Wajahnya yang ada iras mix Thailand-China-Korea tu, sekali pandang macam anak patung hidup. Tapi hati dia? Berat. Suara mak masih terngiang. "Azra... mak dengan ayah minta satu je. Kahwin dengan Ziyad. Dia orang bandar, kerja bagus, family baik-baik. Lagipun, bapak kamu pun ketua kampung, ladang sawit kita besar. Tak salah kalau menantu pun setaraf..." Azra diam. Baru 20 tahun. Hidupnya masih polos, lembut, mendayu. Kini diseret ke dunia lelaki asing yang katanya mulut kasar, panas baran. Azra genggam hujung bantal, suara lembutnya pecah perlahan. "Ya Allah... kalau ini jalan Azra, kuatkan hati Azra." --- Dua jiwa, dua dunia. Satu bandar penuh ego. Satu kampung penuh manja. Kedua-duanya sama-sama tak rela... Tapi akad tetap akan jadi kenyataan.
Akademi Axis : Wira & Magis by Hypothenus_03
55 parts Ongoing
Karya : Shazwan Hassidiq Shafiq merupakan pelajar biasa yang tinggal di pedalaman dipaksa oleh ibunya untuk menuntut di salah sebuah Akademi yang terkenal. Setelah dia mendaftar di situ, dia telah menemui 8 orang rakan baru yang mengajarnya erti persahabatan. Bukan itu sahaja, mereka perlu melalui pelbagai ujian yang cemas dan penuh rintangan dan mereka juga harus belajar tentang mata pelajaran yang pelik-pelik. Dan Shafiq teringat bahawa abangnya juga pernah menuntut di sini tetapi abangnya tidak pernah pulang selepas suatu peristiwa. Tetapi sesuatu kejadian mengejut berlaku membuat mereka bersembilan perlu menyelamatkan Akademi tersebut daripada ancaman Zegrath. Misteri, persoalan, hakikat dan rintangan perlu dihadapi demi menjayakan misi ini. ____ Dapatkah Shafiq mencari petunjuk tentang abangnya? "Wei ni nama abang kau!" - AIMAN "Mana kau dapat benda ni Raul? Sebab aku macam pernah nampak benda ni?"- SHAFIQ ____ Adakah persahabatan mereka akan kekal hingga ke akhirnya? "Sekarang ni kau nak salahkan akulah yang dia orang kena tangkap?" - RAUL "Menyesal aku kenal kau!" - FARIS "Maaf Shafiq, buat masa sekarang ni aku tak percaya siapa-siapa." - HAIKAL ____ Selamatkah mereka berada di dunia yang berbeza? "Apa dah jadi dengan dunia Euthenia?" - LOKMAN "Dunia Aevyn yang canggih, kini dipenuhi dengan padang pasir..." - ZUL ____ Mampukah mereka menghapuskan Zegrath? "Aku akan hapuskan dunia dimensi dan bangkitkan hamba aku!" - ZEGRATH "Semua berpecah! Ambil posisi masing-masing!" - AMIRUL ____ Pengkhianat dalam kalangan mereka? Siapakah dia? Apa agendanya? Mampukah mereka mencari orang beridentiti palsu itu? "Cuma aku rasa pelik. Kenapa ada masalah setiap kali dia muncul?" - FAIZ "Aku tak sangka selama ni kau sebenarnya! Kawan aku sendiri!" - SHAFIQ ____ Kepercayaan merupakan perkara utama dalam sebuah persahabatan "Tak pernah sekali pun kepercayaan aku pada kau pudar," ____ Start : 22/4/2020 End : ____ ⚠️Mitos dan legenda hanya rekaan
You may also like
Slide 1 of 10
The Syed's Twin cover
Mates ✔ cover
The Heir of Sun Dragon cover
HUD 1 [C] cover
Akad Tanpa Rela cover
PUTERA YANG TERSINGKIR [C] cover
HUD 2 [C] cover
Nufa's Guardian Angel (ON GOING) cover
MY DARLING DARLINA (𝐂) cover
Akademi Axis : Wira & Magis cover

The Syed's Twin

42 parts Complete

Syed Qairul Noah dan Syed Qairil Nevin merupakan kembar seiras namun jauh beza personalitinya. Si abang, Qairul Noah merupakan pemuda yang bijak namun serius, jarang sekali mengukir senyuman. Pendek kata, hati batu. Heartless. Si adik, Qairil Nevin pula merupakan pemuda yang ceria dan 'prankster' terkenal di universiti mereka. Namun, Qairil membenci abangnya iaitu Noah, malahan mempunyai satu geng yang diberi nama "Emperiors" yang selalu mengherdik dan mencaci abangnya. Satu persamaan mereka berdua ialah kekacakan dan kebijaksanaan mereka. Dalam Emperiors, terdapat 7 orang members termasuklah seorang wanita. Emperiors merupakan satu organisasi yang Qairil tubuhkan sebagai mastermind untuk segala prank mereka. Namun, kebencian Qairil terhadap abangnya semakin mendalam setiap hari kerana beranggapan abangnya ialah punca kematian ibu mereka. Oleh itu, satu strategi bernas telah tercipta dengan menggunakan satu-satunya ahli wanita dalam organisasi mereka, Fayyana Aisyah. Apakah yang akan berlaku apabila Fayyana Aisyah ditugaskan untuk mengorek rahsia Qairul Noah?