Tujuh sahabat perempuan yang lama terpisah akhirnya bersatu semula untuk sebuah percutian ke sebuah perkampungan kecil yang dikatakan hadiah istimewa daripada seorang rakan bisnes misteri. Turut serta dalam percutian itu ialah enam lelaki. Pasangan dan kenalan lama mereka yang menambah keceriaan sepanjang perjalanan.
Apa yang bermula sebagai percutian indah dan penuh kenangan, berubah menjadi mimpi ngeri apabila salah seorang daripada mereka tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Malam itu juga, mereka semua diculik oleh penduduk kampung dan dipaksa menyertai satu ritual aneh di bawah cahaya bulan merah.
Tanpa disedari, mereka berdua belas terjerumus ke dalam sebuah dunia ghaib purba. Nusa Kayangan, sebuah alam misteri yang dihuni makhluk legenda, kuasa sihir dan rahsia berdarah yang mengikat mereka semua.
Untuk keluar dari dunia itu dan menyelamatkan rakan mereka yang terperangkap, mereka perlu merungkai misi kuno, melawan musuh ghaib dan membongkar kebenaran tentang siapa diri mereka sebenarnya.
Namun dalam perjalanan penuh bahaya itu, satu kebongkaran yang tidak dijangka menghancurkan kepercayaan mereka.
Salah seorang daripada mereka sebenarnya telah lama bersekongkol dengan kuasa gelap dan menjadi punca mereka terperangkap di dunia itu. Pengkhianatan itu bukan sahaja menguji kepercayaan, tetapi membuka jalan kepada kegelapan yang jauh lebih besar daripada yang mereka sangka.
Dalam dunia di mana takdir, cinta dan warisan berdarah bercampur aduk, setiap pilihan boleh membawa keselamatan... atau kemusnahan.
SINOPSIS : 30/6/2025
START : 1/7/2025
END : 15/8/2025
Permulaan kisah yang tidak dijangkakan, membuka satu persatu kunci pintu rahsia.
'Tak mungkin.. kecuali ada orang dalam bocorkan,' bisik hati Tengku Amelina Amelia.
Seorang peguam litigasi, berdepan dengan kesukaran mengendalikan kes kliennya apabila muncul seorang pembelot licik yang pandai memecah-belahkan strategi mereka.
"Saya tak seperti yang awak jangka. Mungkin awak tak perasan?" ujar Azrel Faris.
Dia dapat rasakan, setiap mata yang memandangnya menyimpan sesuatu... seolah-olah ada rahsia besar yang sengaja disembunyikan daripadanya.
"Satu perkahwinan ini bukan sekadar permainan tahu? Ikatan ini bukan sehari dua, tapi sampai mati."
Dia pernah hadir ke dalam hidupku, tapi kenapa kini terasa asing? Apa yang dia mahukan daripada aku?
Mampukah Amelina percaya pada seseorang yang berada di hadapannya setelah apa yang berlaku?