Zaman bujang Engku Ethan Krayle hampir berakhir. Bukan atas dasar cinta, tapi demi darjat yang didambakan Datin Marya menerusi Emberlyn Oktovia. Namun, rahsia gelap Emberlyn terbongkar tepat di ambang pernikahan, meranapkan maruah keluarga The Krayle ke dasar bumi. Nekad menyelamatkan keadaan, Engku Ethan membuat keputusan menggemparkan. Dia membawa pulang Aleyna Zarla, gadis penjual nasi lemak yang ditemuinya secara tidak sengaja sebagai pengantin perempuan ganti. "Mama belum boleh terima dia, Ethan." - Datin Marya "Macam mama cakap pada Ethan dulu... try to love and accept her. Ini pilihan Ethan." -Engku Ethan Bagi Datin Marya, Aleyna adalah satu penghinaan. Logik akal orang kaya sepertinya menolak hakikat Engku Ethan boleh jatuh cinta pada 'gadis marhaen' tanpa 'permainan kotor'. Yakin Engku Ethan disihir ilmu hitam, Datin Marya mula menyusun catur kotor. Maya Velarea, anak sahabat karibnya, dijadikan bidak utama. Umpan paling sempurna untuk menggoda Engku Ethan dan menyingkirkan Aleyna selamanya. Aleyna kini terperangkap dalam sangkar emas penuh protokol. Dia sedar kehadirannya hanyalah sebagai penyelamat maruah, namun hatinya mula bertanya-tanya tentang keikhlasan sang Engku. Adakah Engku Ethan benar-benar memilihnya kerana cinta, atau Aleyna hanyalah sekadar 'perisai' sementara? Mampukah cinta yang tidak mengikut skrip ini bertahan daripada muslihat manusia yang memuja kasta dan darjat? Dan, adakah rencana manusia mampu melawan takdir yang sudah tertulis?
More details