
Lelaki di Sebalik Pintu No. 7 Nur Qaireen Hana. Nur Qaireen Hana bukan gadis yang mudah diam. Suaranya riuh, senyumannya lebar, dan tenaganya tak pernah habis - satu perkara yang dia percaya, dunia akan lebih baik jika manusia saling menyapa. Jadi, bila dia berpindah ke kawasan kediaman baru dan mendapati jiran di rumah No. 7 langsung tidak pernah keluar, tidak pernah menyapa, dan tidak pernah menjawab sekalipun ketukannya... dia jadi hairan. Dan sedikit tercabar. Aareez Rafee. Nama itu dia tahu dari peti surat. Tapi selain itu - kosong. Tiada senyuman, tiada suara, hanya bayang-bayang di sebalik langsir yang tertutup rapat. Dia bukan mahu menyibuk, cuma... kenapa lelaki itu terlalu sunyi? Qaireen tak tahu kisah di sebalik pintu itu. Dia hanya mahu berkawan. Dia hanya mengetuk kerana itu yang dia selalu buat - membuka pintu orang lain dengan senyuman. Apa yang dia tak sedar, setiap ketukannya sedang mengusik sesuatu yang lama terpendam. Dan kadang-kadang, kesunyian ada sebabnya.All Rights Reserved
1 part