Ara Sofea terpaksa akur dengan permintaan keluarga untuk berkahwin secara paksa dengan sahabat baiknya sendiri, Muhammad Zaquan. Meskipun tiada bibit cinta pada mulanya, mereka berdua berusaha untuk belajar mencintai dan membina kehidupan bersama. Zaquan pada awalnya merupakan seorang suami yang penyayang dan cuba memberikan yang terbaik buat Ara Sofea. Namun, segalanya berubah apabila Zaquan mula berpaling arah dan mencintai wanita lain. Ara Sofea hanya mampu melihat rumah tangga yang dibina hancur perlahan-lahan. Apabila Ara Sofea akhirnya memilih untuk melepaskan, barulah Zaquan sedar akan kesilapannya dan menyedari betapa dalamnya cinta isterinya itu. Namun, pada saat itu, Ara Sofea sudah tidak mampu lagi berpatah balik kerana hatinya terlalu terluka untuk disembuhkan. "Ini merupakan karya pertama saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang tidak henti-henti menyokong saya. Alhamdulillah, cerita ini sudah mencapai 1,000 reads. Walaupun mengambil masa setahun untuk sampai ke tahap ini, saya tetap bersyukur kerana karya sulung saya ini akhirnya dikenali. Apa-apa pun, semua pembaca adalah kesayangan saya. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama saya. Saya sayang korang semua" 🥹
More details