Janji Mr Mafia

Janji Mr Mafia

  • WpView
    LECTURAS 737
  • WpVote
    Votos 68
  • WpPart
    Partes 9
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación mié, dic 31, 2025
WpInfo
Ficción
Romance
Romance Oscuro
Mafia
Preparatoria
Karya pertama dari AzzaleanaRose. Revamp story. Selepas kematian abang dan kawan baiknya dalam sebuah misi rahsia,hidup Nur Afiqa Adelea berubah sepenuhnya.Keluarga membuangnya dan derita perlahan-lahan memakan jiwanya. Namun,Afiqa tetap kuat menghadapi badai itu.Dia akhirnya memilih untuk meninggalkan Malaysia buat sementara waktu. Dua tahun berlalu,Afiqa kembali dengan satu tekad,membalas dendam terhadap pembunuh insan-insan yang pernah disayanginya. Dalam perjalanan dendam itu,takdir menemukan Afiqa dengan Muhammad Khairul,rakan sekelasnya yang dingin tetapi penuh keikhlasan di dalam diri.Antara luka dan dendam,cinta mula berputik perlahan-lahan. "Kenapa kita kena rasa sakit bila hilang seseorang?"-NUR AFIQA ADELEA "Itu tandanya kita masih manusia biasa yang sedih atas kehilangan insan tersayang,Afiqa"-MUHAMMAD KHAIRUL Selepas dua tahun menderita,Afiqa mula merasai erti bahagia semula.Namun kebahagiaan itu tidak lama.Musuh lama muncul semula menghancurkan segalanya. Cinta hatinya diragut dan seorang demi seorang sahabat seperjuangannya pergi meninggalkannya buat selamanya. Tiga tahun selepas beberapa kehilangan insan tersayang,Afiqa bukan lagi gadis yang sama.Senyumannya hilang bersama masa lalu, digantikan dengan ketabahan dan kedinginan.Namun perjuangan menuntut keadilan masih diteruskan bersama sahabat-sahabat yang setia berada di sisi. Dalam perjalanan itu,dia bertemu Muhammad Ammar,lelaki ceria yang penuh gurauan, tetapi punya rahsia besar di sebalik senyumannya.Walau tampak bersahaja,dia bukan orang biasa.Dia adalah ketua kepada sebuah kumpulan mafia, sama seperti Afiqa. "Janji dengan aku yang kau tak akan bocorkan identiti aku."-NUR AFIQA ADELEA "Sure,ini janji mr mafia lah."-MUHAMMAD AMMAR Mampukah Afiqa kembali meraih bahagia setelah lama tenggelam dalam derita? Atau...takdir akan sekali lagi merampas segalanya? Diantara bahagia dan derita,siapakah bakal bergelar juara?
Todos los derechos reservados
#197
funny
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Racing King
  • Permission to Fall, Prof!
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Forever Isn't What We Promised
  • HELLO QASWAR
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido