Story cover for [OG] DEAR ALAN by Abah_Hensem
[OG] DEAR ALAN
  • WpView
    Reads 5
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
  • WpView
    Reads 5
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
Ongoing, First published Jul 05
Alan Xufair, seorang doktor pakar kardiologi yang dihormati, kini menjadi pesakit di hospital yang sama tempat dia menyelamatkan nyawa selama bertahun-tahun. Disahkan menghidap leukimia, Alan tetap enggan melepaskan jubah putihnya. Walaupun tubuhnya lemah, semangatnya masih membara-hingga hadir seorang gadis yang mengubah detak jantungnya.

Puteri Aisyah, seorang doktor muda dari unit hematologi, baru sahaja ditugaskan ke hospital tersebut dan dipertanggungjawabkan untuk merawat Alan. Namun pertemuan pertama mereka bukan seperti kisah dongeng-ia lebih mirip adegan peperangan. Dua kepala keras bertembung, satu mulut laser, satu lagi sarkastik...

Namun, dari perbalahan itu, Detik demi detik bersama menimbulkan rasa yang tak dapat dijelaskan. Tapi cinta bukan semudah diagnosis. Ketika penyakit Alan semakin parah, dia menjauhkan diri daripada Puteri. Bukan kerana benci... tetapi kerana takut. Takut cinta itu menjadi luka apabila nyawanya tiba di hujung waktu.

Alan mula bersikap kejam, malah menukar doktor rawatannya sendiri. Puteri kecewa, marah, terluka.
Namun... adakah hati seorang doktor semudah itu berhenti menyayangi?

"Kalau diberi pilihan, aku tak mahu bertemu dengan kau... sebab hal itu... buat aku makin mencintai kau." - Alan Xufair

"Kalau aku tahu lelaki ni akan menyusahkan jiwa dan raga aku begini... sumpah, aku pilih jadi doktor haiwan dari awal!" - Puteri Aisyah

START : COMING SOON
END : ???
All Rights Reserved
Sign up to add [OG] DEAR ALAN to your library and receive updates
or
#25doktor
Content Guidelines
You may also like
[C] Her Angel by IzzIman_27
62 parts Complete
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance-thriller #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #3 Friendship #5 Romance #5 Revenge #6 Bromance #6 Cute #6 Clingy #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
Mr. Mafia CEO (COMPLETE) by _VioletQuartz
43 parts Complete
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025
You may also like
Slide 1 of 10
Takdir terakhir kita | OG cover
Disebalik cover
[C] Her Angel cover
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 | COMPLETED cover
Meant To Be cover
Dendam Dalam Cinta [C] cover
C | Di atas Sejadah Panjang  cover
Pengantin Buat Nelayan (COMPLETE) cover
Mr. Mafia CEO (COMPLETE) cover
Jika Kau Yang Memiliki cover

Takdir terakhir kita | OG

66 parts Ongoing

Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : unknown