Hemos actualizado nuestras Pautas de Contenido.
Consulta las pautas más recientes para seguir compartiendo historias de forma segura.
SUARA DARI SEPARUH JIWA

SUARA DARI SEPARUH JIWA

  • WpView
    LECTURAS 4,454
  • WpVote
    Votos 290
  • WpPart
    Partes 48
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación sáb, ago 8, 2026
WpInfo
Ficción
Temas Sociales
Vida Familiar
Abuso y Trauma
Coming of Age
Sinopsis Penuh > "Kalau masa boleh patah balik, aku rela tenggelam... asal bukan dia." Dhaura Azlena, anak bongsu perempuan daripada enam beradik. Satu-satunya bunga dalam keluarga yang didominasi lelaki. Dia bukan dilahirkan untuk dibenci - tapi sejak umur tujuh tahun, hidupnya bertukar jadi mimpi ngeri. Kembar lelakinya, Dhairell Azkera, mati lemas ketika cuba menyelamatkannya di sungai. Dan sejak itu, seluruh keluarganya berubah. Ibu, ayah, dan abang-abangnya - Danish Elraza, Dazran Aqeel, Darian Azmea, dan Dzulfaqa Arsha - memandang Dhaura seperti beban. Seperti punca segalanya musnah. Dia disalahkan, dibenci, dibuang. Selama sembilan tahun, Dhaura dibesarkan oleh Tok Ayah - satu-satunya insan yang melihat dia sebagai manusia, bukan 'pembunuh'. Dalam pelukan datuknya, Dhaura belajar untuk kuat. Belajar bertahan. Tapi luka dalam hati tetap bernanah, diam-diam. Namun, hidupnya sekali lagi bergoncang bila Tok Ayah sakit tenat. Dalam hembusan nafas terakhirnya, Tok Ayah tinggalkan satu wasiat: > "Ambik balik anak kau. Jagalah dia sebelum Tuhan ambik semula." Terpaksa tunduk pada amanah arwah, mama dan papa membawa pulang semula Dhaura ke rumah asal. Tapi bukan sebagai anak - hanya sebagai hutang yang perlu dilunaskan. Dhaura kembali ke rumah penuh kenangan hitam. Tiada pelukan. Tiada maaf. Hanya pandangan tajam dan sindiran yang masih berbisa. Tapi di sebalik semua kebencian itu... tersimpan satu rahsia tentang hari kematian Dhairell. Kebenaran yang disembunyikan. Dosa yang dipindahkan ke bahu Dhaura. Dan penyesalan yang datang... mungkin sudah terlambat. --- SUARA DARI SEPARUH JIWA adalah kisah seorang gadis yang dihukum kerana hidup, dalam keluarga yang hanya belajar menghargai... apabila semuanya hampir hilang. ---
Todos los derechos reservados
#1
familyissues
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • Tenangmu, Menemukan Aku | SU
  • Tengku Zayn Michael : obsessive husband [revamp]
  • Bercinta dengan musuh sendiri (c)
  • MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (C)
  • Cikgu Aswad
  • SISA HUJAN LUKA [end]
  • Detak Janji : Dia أنتِ نبضي.
  • BINTANG PINJAMAN TERINDAH - C
  • AKU ORANG KETIGA (TAMAT)

📚 Hak Cipta Terpelihara © Lunivienne 2025 Karya ini adalah milik penulis dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Sebarang cetakan, penyalinan, terbitan semula, atau adaptasi tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang. Sokong penulis tempatan dengan membaca secara sah 💛 --- Dr. Irina Safwah dihantar bertugas ke Kem Iskandar selepas kehilangan sahabat baik dalam kemalangan tragis. Dalam diam, dia membawa luka yang tak kelihatan, insomnia, rasa bersalah, dan hati yang belum sembuh. Kapten Zulfaqar Rauf Al-Fateh, ketua anggota GGK, hidup dengan penuh disiplin, amanah dan fokus. Baginya, tanggungjawab lebih utama daripada rasa. Dalam dunia berbeza, mereka bertemu. Di antara medan latihan dan ruang rawatan, dua jiwa belajar menyembuhkan, bukan dengan kata, tetapi dengan kehadiran yang jujur. Kerana kadang, tenang seseorang itulah yang menemukan semula diri kita. 📌 DILARANG PLAGIAT! Start; 31st July 2025 End;

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido