We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Loyar Dalam Cinta

Loyar Dalam Cinta

  • WpView
    Reads 7,589
  • WpVote
    Votes 126
  • WpPart
    Parts 67
WpMetadataReadComplete Fri, Jul 11, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Sinopsis: Nayla Aireesha, pelajar tahun akhir jurusan Undang-Undang Syariah, terkenal dengan hujahnya yang tajam dan keberaniannya mempertahankan hak wanita dalam institusi perkahwinan. Bagi Nayla, cinta bukan keutamaan. Fokus utamanya hanya satu - menggenggam segulung ijazah dan membela wanita-wanita teraniaya di mahkamah syariah suatu hari nanti. Namun, hidupnya berubah drastik apabila satu fitnah tercetus tanpa diduga. Sebuah gambar, satu detik yang dimanipulasi, dan maruah keluarganya dipertaruhkan. Untuk menyelamatkan nama baik serta menjernihkan keadaan, Nayla dipaksa menikahi lelaki yang tidak dikenalinya - Rayyaz Izz Kaleef, seorang lelaki dingin, pendiam dan penuh rahsia. Rayyaz pula tidak pernah merancang untuk berkahwin. Apatah lagi dengan seorang gadis mulut laser seperti Nayla. Dia menyembunyikan luka masa silam yang dalam, dan memandang perkahwinan itu sebagai beban yang tidak diundang. Namun demi menjaga maruah kedua-dua keluarga, dia akur dalam terpaksa. Perkahwinan yang tidak berasaskan cinta menjadi ujian besar buat mereka. Dua insan yang berbeza dunia dipaksa berkongsi hidup. Nayla dengan prinsipnya. Rayyaz dengan dinginnya. Namun, dalam diam, perhatian bertukar menjadi kekaguman. Kebencian mula retak apabila keikhlasan hati mulai berbicara. Tatkala bahagia mula menjenguk, mereka diuji lagi - rahsia silam Rayyaz terbongkar, fitnah lama kembali menghantui, dan pilihan antara cinta atau pengorbanan menjadi penentu masa depan mereka. Adakah cinta selepas nikah itu benar-benar wujud? Atau mereka hanya akan menjadi dua orang asing yang terikat oleh satu lafaz yang tidak pernah dirancang? loyar dalam adalah kisah tentang maruah, takdir, dan bagaimana dua hati yang berbeza belajar mencintai setelah luka dan kecewa. Bila cinta itu hadir dalam bentuk ujian, sanggupkah mereka bertahan... atau hanya sekadar bertemu untuk melepaskan?
Public Domain
#90
lawyer
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KESEMPATAN KEDUA
  • 𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 | C
  • Takdir Dua Empayar [Complete]
  • MUTE
  • GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE
  • 𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • Way back to you.
  • Permission to Fall, Prof!

(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.

More details
WpActionLinkContent Guidelines