Ilusi Takdir [ONGOING]

Ilusi Takdir [ONGOING]

  • WpView
    Odsłon 505
  • WpVote
    Głosy 37
  • WpPart
    Części 6
WpMetadataReadW trakcie
WpMetadataNoticeOstatnia publikacja sob., kwi 18, 2026
↳ KARYA KEEMPAT DUNIA fantasi sudah tentunya indah dari realiti. Dan disebabkan itulah Eliana Mikayla yang baru sahaja kehilangan kerja kerana syarikat tempatnya bernaung gulung tikar, mula melibatkan diri di dalam dunia penulisan, sekadar untuk melepaskan rasa dan menghidupkan angan-angan yang tak kesampaian. Namun siapa sangka, karya yang ditulis suka-suka olehnya semakin menaik sehingga menarik perhatian sebuah rumah penerbitan. "Kenapa kau letak nama sebenar kau sebagai watak sampingan bukan watak utama?" - HANNAN. Kerana itulah realiti hidup Eliana. Hanya wujud di tepi dalam setiap cerita orang. Dia pernah menyimpan perasaan pada seorang jejaka semasa zaman universiti, tapi lelaki itu akhirnya menyukai Hannan. Dan bukan sekali. Hampir setiap lelaki yang dia suka, pasti akan lebih tertarik pada rakannya dan kisah hidupnya itu ingin dia abadikan di dalam tulisan. Satu tragedi berlaku membuatkan dia terperangkap di dalam satu gelembung aneh. "Awak siapa?" - ELIANA "Dayyan Raeef. Kau ni alright tak alright?" Satu demi satu persoalan muncul sehinggalah Eliana sedar bahawa dia sekarang berada di dalam dunia manuskrip yang ditulisnya sendiri. Dan ya! Dia masih watak sampingan. Sekadar sahabat dari kecil kepada Dayyan Raeef, lelaki yang sekali lagi, menyukai kawan baiknya, Anggun Arissa. Kenapa di dalam dunia novel pun dia hanya wujud sebagai bayangan orang sahaja? Patutkah dia menyesal kerana tulis cerita sebegini? Tetapi itu kerana dia tidak pernah menjangka bahawa dia akan masuk ke dalam dunia novel! Tetapi bila dia sudah berada di dalam cerita ini, takkan dia masih mahu biarkan skripnya berjalan seperti asal? Beranikah dia mengubah takdir yang dia sendiri cipta dengan pena? Atau mungkin seindah mana pun jalan cerita yang dilakar, akhirnya akan tunduk juga pada takdir yang lebih besar? Takdir yang tidak pernah tertulis di tangannya, tapi sudah lama tertulis untuknya. Kerana antara ilusi dan realiti, hanya satu yang akan kekal.
Wszelkie Prawa Zastrzeżone
#52
cinta
WpChevronRight
Dołącz do największej społeczności pisarskiejOtrzymuj spersonalizowane rekomendacje dzieł, zapisuj ulubione dzieła w bibliotece oraz komentuj i głosuj, aby rozwijać swoją społeczność.
Illustration

To może też polubisz

  • Sepupuku Bodyguardku
  • Pengawas? I Love You
  • Selamanya cinta ✔
  • [ COMPLETED ]YOU're MINE ©
  • GELAP {COMPLETED}
  • KEEGOANKU, KESABARANMU..
  • aku ✓
  • Dia yang Aku Cinta ✔
  • Our Story (Completed ❤️)
  • LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]

Kisah seorang remaja perempuan yang di kacau oleh seorang lelaki yang bernama Tom yang usianya 40-an. Tom ingin membalas dendam terhadap Amelia. Amelia ingin mencari jawapan untuk masa lalunya dengan memberanikan dirinya untuk berdepan dengan Tom. "Apa awak nak?" - Amelia "Aku nak bunuh kau!" - Tom "Kami akan sentiasa lindungi awak!" - Sepupu Amelia "Saya cintakan awak" - James 10 tahun lalu, Amelia mengalami kenangan yang pahit. Dia mengalami kecederaan teruk dan menyebabkan dia mengalami amnesia. Dia tidak ingat akan masa lalunya. Dia juga tidak tahu siapa itu Tom. Ibu bapa Amelia terpaksa menghantar Amelia ke Malaysia agar dia tidak dikacau oleh Tom. Tetapi apa yang ibu bapanya tidak tahu. Tom sudahpun berada di Malaysia. Segala tiket penerbangan ibu bapanya yang ingin ke Malaysia telah dia cancel kan. Tom berbuat demikian agar rancangan jahatnya akan berjalan dengan lancar. Nak tahu selanjutnya? Jemput baca buku ini. Buku ini khas buat anda :))

Więcej szczegółów
WpActionLinkWytyczne Treści