. # 2nd UNDER HER & HIS SERIES | 🖤
~Love didn't arrive loud, it lingered.~
Hessa Malika, sering dikenali sebagai wanita bermata bundar, sikap yang bukan saja cantik pada luaran, malah isi hatinya juga sangatlah nurani.
Wajah putih mulus, iris hazel, dan kulit putih cerah kemerahan menambahkan lagi tahap jelitanya.
Lingling, singkatan nama daripada darling. Nama manjanya hanya boleh dipanggil oleh orang terdekat saja. Istemewa, bukan?
Biarpun wanita itu baru saja menamatkan zaman degreenya, tetapi siapa sangka pengikutnya di laman Instagram boleh tahan dek mempunyai rupa paras anggun jelita.
"Hai, Abang Khaled!! Bak duit, meh! Lingling nak pau beli susu dutch lady strawberry dan lollipop strawberry!" -Hessa Malika
"Ikut sedap kau je nak pau aku, ya? Aku ni bukan suami kau nak kena bagi nafkah bagai!" -Layth Khaled Mateen
"Haih, Ini namanya practice! Bak kata, sediakan payung sebelum hujan. Takdelah kaku nanti lingling nak pau seratus ribu selepas lingling dah sah jadi isteri abang! Hihi!" -Hessa Malika
"Mengarut." -Layth Khaled Mateen
"Alaa... shy shy cat pulak, tahulah kita ni cantik! " -Hessa Malika
Angkat bakul sendiri. Perigi mencari timba.
Dua patah kata yang mencerminkan diri seorang Hessa Malika.
Layth Khaled Mateen, cinta hati Hessa. Sebut saja nama sudah dapat dirasai auranya yang jelas ketara. Bersifat maskulin.
Hubungan mereka hanya dianggap sebatas adik dan abang kepada Layth sejak kecil, namun tidak dengan Hessa.
Di saat Layth baru mula untuk turunkan ego, sikap Hessa secara tiba-tiba berubah 360 derajat apabila peristiwa yang tak diingini melandanya.
"Benci! Benci! Benci! Abang Khaled tipu! Kenapa sekarang?! Hessa tak nak balik! Semua salahkan Hessa! Semua benci Hessa!" -Hessa Malika
"Siapa kata semua benci lingling, hm? Harraz sayang lingling, Aariz sayang lingling. Tell me, Lunelle. Let us open up, slowly. Alright?" -Layth Khaled Mateen
'From the start, fate had already written our names side by side.'
•••••
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Seumur hidupnya, dia hanya tahu bertahan menahan sakit, menahan luka, menahan air mata.
Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja. Lelaki itu menolongnya, dan sedikit sebanyak hatinya rasa terjentik.
Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa Aiden menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat.
Lelaki itu menghulurkan tangan saat Qaireen tiada jalan keluar. Dia mengajarnya bahawa cinta tidak sepatutnya menyakitkan. Dan yang paling penting, dia membuktikan bahawa takdir tidak pernah salah.
Kerana dari awal, takdir sudah menetapkan bahawa Aiden akan menjadi orang yang membawanya pergi.
•••••
start : 5 March 2025
end : unknown