LAKARAN CINTA YANG HILANG I ( OG )

LAKARAN CINTA YANG HILANG I ( OG )

  • WpView
    Reads 75
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 6
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jul 29, 2025
" Saya Tengku Rayzin, panggil je Zin. Salam kenal..." ~ Tengku Rayzin " Hummaira. " ~ Izzara Hummaira Perkenalan itu langsung tiada makna baginya. Bagi seorang Izzara Hummaira, hanya Syed Haydar yang bertakhta di hati. Sekalipun berjuta lelaki kacak hadir di hadapan mata, sekeping hatinya tetap setia pada nama itu. Syed Haydar, lelaki yang dicintainya sejak sekian lama, bukan sekadar orang biasa dalam hidupnya. Dia adalah abang angkatnya sendiri, anak kepada pasangan yang menyayanginya seperti anak kandung. Kerana itu, Hummaira memilih untuk memendam perasaan dan menunggu waktu yang tepat untuk meluahkan segalanya. Namun, takdir berkata sebaliknya. Dalam ketamakan mengejar cinta yang tidak pasti, dia membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Keputusan yang akan mengubah seluruh hidupnya. "Jom kahwin..." - Izzara Hummaira "Kahwin? De...dengan saya?!" - Tengku Rayzin Jika pada awalnya niat sudah terpesong, bagaimana mahligai mereka dapat berbekalkan bahagia? " Abang dah bercerai." - Syed Haydar " Sebenarnya...Maira cintakan abang." - Izzara Hummaira Pada akhirnya, temberang yang dicipta oleh Izzara Hummaira pecah berkecai ketika dia cuba menggali cinta lama kembali. Satu demi satu badai menimpa rumahtangga mereka. Segalanya berubah menjadi kelam. " Dua tahun kita bersama, takkan tak ada secebis pun rasa cinta terhadap saya dalam hati awak, Hummaira ?" - Tengku Rayzin " Maafkan saya, Rayzin. Untuk semuanya..." - Izzara Hummaira Dia telah membunuh jiwa itu. Dia telah membunuh perasaan itu. Dia juga telah membunuh hidup lelaki itu. Dia telah musnahkan lakaran cinta yang dibina lelaki itu. Apakah kesudahan kisah mereka? Dapatkah Hummaira melakar semula lakaran cinta yang telah hilang? Atau... masih tidak mampu memadam lakaran silam ? #slowburnromance #mengarangketikabosan
All Rights Reserved
#911
cinta
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • HELLO QASWAR
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄
  • Forever Isn't What We Promised
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Permission to Fall, Prof!
  • Racing King

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

More details
WpActionLinkContent Guidelines