LYUBOV TERAKHIR : CINTA TERAKHIR(C)

LYUBOV TERAKHIR : CINTA TERAKHIR(C)

  • WpView
    LECTURAS 63,057
  • WpVote
    Votos 2,787
  • WpPart
    Partes 58
WpMetadataReadConcluida mar, sep 2, 2025
pertunangan mereka pernah jadi harapan. Dua hati yang saling percaya, saling mencintai, dan saling berjanji untuk menua bersama. Tapi segalanya terhenti tanpa amaran. Saat Ayuni menghilang dari hidup Rayqal, membawa hati yang tak pernah sempat dijelaskan. di bumi asing, di bawah langit negara orang. Ayuni membuat keputusan. Satu keputusan yang merobohkan segalanya. Dia memutuskan pertunangan. Tanpa alasan. Tanpa perjelasan. Cuma tinggal sebaris pesanan ringkas yang Rayqal baca berulang kali selama bertahun: "I'm sorry, Rayqal. I can't continue this." Dan sejak itu, Rayqal hidup dalam pertanyaan. Apa salahnya? Apa kurangnya dia? Kenapa Ayuni memilih pergi? Soalan-soalan itu tidak pernah dijawab.Cuma tinggal diam. Yang semakin hari, semakin menyakitkan. Tapi takdir bukan sekadar permainan masa lalu. Beberapa tahun kemudian, Ayuni pulang ke Malaysia. Dan mereka bertemu semula di tempat yang berbeza, dalam hidup yang sudah berubah, tapi dengan hati yang masih menyimpan sisa cinta yang sama. Rayqal masih mencari jawapan. Ayuni pula masih cuba menyembunyikannya. Mereka saling mencintai. Tapi mampukan cinta itu hidup semula, jika ia terpaksa berpijak atas rahsia yang selama ini disembunyikan demi melindungi atau demi melarikan diri? Kerana untuk Rayqal, Ayuni bukan sekadar masa lalu. Dia adalah Lyubov terakhirnya. Dan Rayqal, tak pernah belajar cara untuk melupakan.
Todos los derechos reservados
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C
  • QAID BUAT SEROJA ✅
  • Tolong Jagakan Dia
  • PELUANG YANG TERINDAH
  • Takdirku Bukan Kita | SU |
  • KERANA TERPAKSA AKU TERIMA
  • Little Precious Love ||©
  • Love, Unspoken
  • [ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026]
  • Only You [C]

Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido