Story cover for His flower [Editing] by _yeenyeen
His flower [Editing]
  • WpView
    Reads 2,954
  • WpVote
    Votes 107
  • WpPart
    Parts 6
  • WpView
    Reads 2,954
  • WpVote
    Votes 107
  • WpPart
    Parts 6
Complete, First published Jul 15, 2025
Pertemuan yang singkat. Tanpa diduga. Bermula dari status 'orang asing', kemudian menjadi lebih dari sekadar kawan.

Muhammad Adam Asyraf dan Aisya Medina-dua jiwa yang pernah patah, menyimpan seribu satu rahsia yang tak semua orang mampu faham. Luka mereka tidak terlihat, tapi cukup dalam untuk membentuk dinding yang tinggi di sekeliling hati.  

Namun pertemuan mereka bukanlah satu kebetulan. Mungkin... ia adalah ruang yang Tuhan beri untuk mereka belajar menyembuh. Perlahan-lahan, mereka mula saling mengisi kekosongan, saling memahami diam dan trauma masing-masing.  

Saat cinta mekar dengan perlahan, takdir datang menguji. Ujian yang memisahkan, kata-kata yang memutuskan:  
  
"Pergilah Aisya... jangan cari saya lagi. Saya bukan rumah yang selesa untuk awak."  

"Jangan tolak saya terlalu jauh, Adam..."  

Namun adakah itu pengakhiran mereka?  
Atau takdir sedang menulis sesuatu yang lebih besar dari sekadar 'perpisahan'?  

Kerana bunga yang layu belum tentu mati. Kadangkala, ia hanya menunggu waktu yang tepat untuk mekar semula... di taman yang lebih selamat.

His flower, forever.
All Rights Reserved
Sign up to add His flower [Editing] to your library and receive updates
or
#219brokenfamily
Content Guidelines
You may also like
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
81 parts Complete
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
ATTAR RAZIEL: HER SHIELD [ON HOLD] by itzaerys
21 parts Ongoing
Cerita ni saya stop kejap dekat wattpad, tapi kalau nak baca yang full and nak tahu ending boleh baca short story dekat tiktok saya (_aerys._), dekat situ full saya dah update, thanks ✌🏻 ~FOURTH BOOK~ 🥀🤍🌹 Selepas menamatkan pengajian di Amsterdam, Nayla Inara kembali ke Malaysia untuk memulakan hidup baharu. Dia menumpang di rumah keluarga Tuan Azhar Radzi, sahabat lama arwah ibu bapanya. Namun kepulangannya membuka semula luka lama apabila Tuan Azhar meletakkan tanggungjawab besar di bahu anak keduanya, Attar Raziel, untuk menjaga Nayla. Attar menerima dengan berat hati. Luka lama antara dia dan ayahnya masih belum sembuh, dan satu-satunya sebab dia akur hanyalah kerana janji, bahawa ayahnya akan merestui cintanya dengan Intan jika dia berjaya menjaga Nayla. "Cari orang lain Nayla, aku masih dengan masa lalu aku." -ATTAR RAZIEL- "Saya boleh tolong awak lupakan dia." -NAYLA INARA- Tapi Attar tetap Attar. Apa yang dia nak, dia akan dapatkan. Apa yang dia tak suka, dia tetap akan benci. "Kalau dah menumpang tu, buat cara menumpang. Menyusahkan hidup aku jela." -ATTAR RAZIEL- "Saya tahu saya tak layak, tapi tak perlu kut nak hina saya sampai macam tu sekali." -NAYLA INARA- Namun seiring waktu, batas tanggungjawab dan perasaan mula kabur. Nayla yang polos dan lembut menjadi ketenangan yang Attar tidak pernah duga, tapi masa silam dan rahsia yang tersembunyi mula menggugar segalanya. Bila kebenaran terbongkar, barulah Attar sedar... Gadis yang pernah dia abaikan itu sebenarnya perisai kepada seluruh dosanya.
Wafa Aqisha by shasharazali
18 parts Ongoing
Kerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan peluang ini untuk pikat hati Wafa. Zarin Aiqal menghulurkan setangkai bunga carnation pink kepada Wafa Aqisha. "Ingat tak ni bunga apa ?" - Zarin Aiqal. "Carnation Flower." - Wafa Aqisha. "Maksud sebalik bunga ni?" -Zarin Aiqal. "Represent someone who have secret admire." Jawab Wafa, dia hanya mengulang semula apa yang Zarin beritahunya di awal pertemuan mereka. "Betul! Ambilah.. bunga ni untuk awak." Kata Zarin bersama senyuman penuh makna. Hari-harinya tidak pernah bosan, dia sanggup tunggu Wafa walaupun ambil masa yang lama untuk gadis itu balas perasaannya. Saat dirinya terhumban di dalam dunia silamnya Wafa datang mempelawanya seorang pendengar untuk mendengar dan seorang peneman untuk meneman. Hampir sahaja Zarin mahu menangis di situ. "kalau awak rasa nak bersendirian, bagitahu saya awak menghilang ke mana.. at least saya tahu awak dekat mana." - Wafa Aqisha. Hari Wafa ucapkan ini kepadanya, dia tahu yang dia tak nak kehilangan Wafa dan dia juga mahu menjadi si pendengar serta si peneman dalam hidup Wafa. Untuk seorang wanita memahami perasaan dan emosi orang lain sedalam ini, Zarin pasti Wafa turut mempunyai kisahnya tersendiri dan yang pasti dia mahu menjadi lelaki yang ada saat Wafa suka dan duka. "Wafa, saya nak awak tahu yang saya suka awak." -Zarin Aiqal. Tapi macam mana kalau kisah silam mula menghantui diri Wafa ? Apa Zarin sanggup terima Wafa ? Apa dia akan terima Wafa seadanya atau dia akan menjadi sebahagian memori pahit dalam hidup Wafa ? -2021-
Of Ashes and Faith by KaelAuren_
12 parts Ongoing
Ziyad Danial Iskandar. Nama yang tidak asing di dalam dunia korporat. Lelaki yang menumpaskan bapa kandungnya sendiri, Zafrul, demi menutup pintu kejahatan yang hampir melibatkan nyawa yang tidak berdosa. Nama Ziyad juga terpalit. Dan dia sentiasa hidup dalam bayang-bayang dosa arwah bapanya. Walau dia bukan lahir dari keluarga yang sempurna, kasih sayang Ummi Ilmah sentiasa menjadi syurga kecil buat Ziyad. Pernah suatu ketika, Ziyad menyimpan rasa terhadap sekuntum bunga yang disiram, dijaga rapi, namun apakan daya, bunganya disunting kumbang lain. Dan dari saat itu, hatinya retak tanpa ada penawar. Hinggalah dia bertemu dengan Mawar Mikayla. Nama yang cukup indah, namun tidak seindah akhlaknya. Mawar lahir dari keluarga yang berantakan. Salah faham, kekurangan perhatian dan rasa terasing menjadikan dia seorang yang keras kepala, angkuh dan jauh daripada landasan agama. Hidupnya terumbang-ambing sehingga dia jatuh cinta pada senyuman milik Ziyad. Cinta pandang pertama. Takdir menyatukan mereka dalam sebuah ikatan yang bukan atas kerelaan. Perkahwinan terjadi hanya memenuhi permintaan Datuk Razeen Farhan, ayah Mawar. Mawar bahagia, Ziyad terpaksa. Dari titik itu, hidup Mawar berubah. Ziyad mengambil tanggungjawab untuk membentuk Mawar Mikayla menjadi insan yang lebih baik. Kisah mereka tidaklah indah dari permulaannya. Kisah mereka penuh ujian, luka dan pengorbanan. Mereka jatuh, mereka terpisah, namun takdir menemukan mereka semula. Jodoh mereka terlalu kuat untuk dipisahkan. Rumah tangga mereka juga tidak terkecuali daripada badai. Tiada bahagia yang kekal tanpa diuji. Sejauh manakah takdir akan membawa cinta Ziyad dan Mawar? Dan mampukah Mawar mempertahankan cinta itu hingga ke akhirnya?
You may also like
Slide 1 of 10
Cupid's Mission [Completed] © cover
Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 cover
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C cover
ATTAR RAZIEL: HER SHIELD [ON HOLD] cover
Erti Cinta cover
tentera itu suamiku [OG] cover
Aku yang pernah jatuh cover
Wafa Aqisha cover
Find The Heart Again  cover
Of Ashes and Faith cover

Cupid's Mission [Completed] ©

10 parts Complete

Imagination Malaikat cinta [Cupid's Angel] mempunyai tugas untuk membantu manusia mendapat pasangan hidup yang sudah ditakdirkan. Tetapi Cerita cinta seorang perempuan yang bernama Marry itu bertukar atas kelalaian Malaikat itu menjalankan tugas. Cerita ini hanya rekaan semata-mata tidak ada kaitan antara hidup dan mati. Short story Genre Fantasy+Romance Completed In Oktober 2021 Hasil karya Nukilan✓ ©EsterAndrius