Takdir Kita Berdua

Takdir Kita Berdua

  • WpView
    LECTURES 799
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Chapitres 20
WpMetadataReadEn cours d'écriture1 h 19 min
WpMetadataNoticeDernière publication ven., août 1, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
"Takdir Kita Berdua" Cinta yang bermula bukan dari pilihan, tetapi dari satu takdir yang tak mampu dielak. Tengku Muhammad Huq Iskandar - lelaki berusia 25 tahun, dingin dan sukar didekati. Anak sulung kepada Tengku Ismail, pewaris empayar perniagaan M.HUQ SDN BHD. Dia memiliki segalanya: harta, kuasa, dan kedudukan. Namun di sebalik wajah tanpa riak, tersimpan luka silam dan prinsip yang tak mudah dilentur. Nur Arin Ameera Mustafa - gadis berusia 23 tahun yang polos, manis dan lemah lembut. Kesederhanaannya menjadikan dia istimewa. Tetapi sikap terlalu percaya pada manusia telah mengheretnya ke lembah pengkhianatan. Dia diuji hingga nyaris kehilangan maruah dan harapan. Pertemuan mereka bukan dirancang. Dalam satu peristiwa hitam, dia hadir sebagai penyelamat - dan akhirnya, suami. Perkahwinan mereka bukan kerana cinta, tetapi kerana tanggungjawab. "You are mine, sweety." - Tengku Muhammad Huq Iskandar "Tak, saya bukan milik awak!" - Nur Arin Ameera Disaat kasih mula bertunas dalam diam, hadir dua manusia dari masa lalu membawa dendam dan racun. Hariz - lelaki yang pernah mengecewakan Arin, kini kembali menuntut cinta yang telah dia sia-siakan. Alice - wanita yang tak mampu menerima hakikat kehilangan Huq, sanggup menghancurkan sesiapa sahaja demi memiliki lelaki itu kembali. "Aku takkan biarkan kau bahagia, Huq... Arin milik aku!!!" - Hariz "Huq milik aku! Bukan perempuan murah macam kau!" - Alice Dalam dunia yang penuh helah dan permainan jiwa, adakah cinta yang lahir dari perkahwinan paksa ini mampu bertahan? Adakah mereka akan berkorban demi mempertahankan mahligai yang dibina? Atau... mereka akan terkorban dalam permainan dendam dan cemburu yang kejam? "Dengan lafaz akad nikah, dia telah menjadi tanggungjawab untuk aku jaga... sampai ke hujung nyawa." - Tengku Muhammad Huq Iskandar
Tous Droits Réservés
#999
greenflag
WpChevronRight
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • Suami Yang Hilang
  • Sumandak Si Jejaka Russia
  • [C]✓Mrs. Maiq Hakimi
  • Hak Milik Arissa Aura Sofea | Ongoing
  • MY EX CRUSH:MRS ARSLAN ZULKARNAIN HANZ ©
  • SEADANYA KAMU (C)
  • ( EBOOK ) The Heartbreaker Muammar Raid
  • Takdir Jodoh
  • C || TUAH AKALIL : THE BEGINNING

Dia di ancam agar kandungan itu di gugurkan . Dia enggan lalu melarikan diri dan bersembunyi . 3 tahun hidup bahagia bersama anak perempuannya , keberadaannya berhasil ditemui . Lantas anaknya terpaksa ia buang di suatu tempat . Dia tahu , anak itu pasti akan di bunuh kerana status 'Luar Nikah' . Setelah bercerai dengan isterinya , Dato Qabeel tinggal sendiri kerana perginya isterinya itu bersama dengan anak tunggal mereka . Dia menemui seorang anak kecil yang berusia 3 tahun lalu membawanya pulang . Gagal dalam mencari keluarga anak kecil itu , dia memutuskan untuk mengambil anak kecil itu sebagai anak angkatnya . 24 tahun kemudian , kepulangan anak tunggalnya buatkan hubungan 'Ayah dan Anak' bertukar menjadi benci kerana kehadiran Kheyra Dania yang di anggap cuba merebut segala miliknya . Untuk meleraikan segala sengketa dan salahfaham , Dato Qabeel meminta Adam Qushayyi untuk berkahwin dengan Kheyra Dania . " Adam setuju kahwin dengan Dania!. Tapi Adam ada satu syarat! " - Adam Qushayyi " Aku memilih untuk tetap percaya!. Kau adalah suami aku yang hilang! " - Kheyra Dania

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives du Contenu