Antara Waktu

Antara Waktu

  • WpView
    Reads 123
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Aug 17, 2025
Dalam helaian waktu yang sunyi, Maira melangkah membawa hati yang telah lama retak bukan kerana cinta yang pergi, tetapi kerana masa silam yang tak pernah benar-benar reda. Di balik senyuman yang bersahaja, tersimpan satu rahsia yang mengajarnya makna jatuh dan bangkit, luka dan reda. Hidupnya di kolej tidak dihiasi gelak ketawa yang gemerlap, tetapi dipenuhi langkah-langkah diam yang cuba mencari semula erti diri. Dalam dunia yang memandang luaran lebih dari isi, Maira memilih untuk membina dirinya dalam senyap melalui projek kecil, kata-kata doa yang ditulis dengan harapan, dan usaha ikhlas yang kadangkala tidak terlihat manusia. Pertemuannya dengan Dr. Mikhael, seorang pensyarah yang berwibawa, tenang dalam tutur dan tajam dalam pandang bukan kebetulan, tetapi takdir yang ditulis Tuhan antara waktu-waktu mereka yang tidak serupa. Lelaki itu tidak datang dengan janji, tidak juga dengan cinta yang manis, namun hadirnya menjadi teduhan dalam ribut yang tak terduga. Tatkala projeknya mula dihujani cercaan disebabkan siapa dirinya dahulu, bukan apa yang cuba dia sampaikan. Maira terdiam. Namun, dalam diamnya, muncul suara yang membela. Dr. Mikhael tidak menjerit, tidak menuding. Hanya bicara perlahan, namun cukup menikam yang zalim. "Jangan dihakimi seorang insan pada luka lamanya. Kadang-kadang, yang paling tenang itu, yang paling kuat menanggung." "Antara Waktu" bukan hanya kisah seorang gadis dan seorang lelaki. Ia adalah kisah tentang maruah dan pengampunan. Tentang perjuangan dalam tenang, tentang jatuh tanpa rebah. Tentang doa yang ditulis dalam diam, dan hati yang belajar meletakkan harapan pada Tuhan, bukan manusia. Di antara waktu Asar dan Maghrib, Di antara yakin dan ragu, Di antara ingin dan reda.
All Rights Reserved
#1
mikhael
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Forever Isn't What We Promised
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [C]
  • HELLO QASWAR
  • Permission to Fall, Prof!
  • Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 [HIATUS]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Racing King
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines