Story cover for WHAT THE VILLAGE FORGOT | OG by nrrfayra
WHAT THE VILLAGE FORGOT | OG
  • WpView
    Reads 2,507
  • WpVote
    Votes 1,243
  • WpPart
    Parts 22
  • WpView
    Reads 2,507
  • WpVote
    Votes 1,243
  • WpPart
    Parts 22
Ongoing, First published Jul 18
Di sebuah kampung terpencil yang diselubungi kabus hutan, penduduknya sering diganggu oleh kelibat makhluk aneh - seekor arnab seperti manusia, bertali leher merah yang hanya muncul untuk menganggu mimpi kanak-kanak.

Kanak-kanak mendakwa mendengar bisikan namanya dalam mimpi. Orang dewasa pula menganggapnya sekadar kisah dongeng lama yang sepatutnya sudah dilupakan.

Namun apabila seorang kanak-kanak kecil hilang secara misteri, segala rahsia yang selama ini dikuburkan mula terkuak. Di sebalik gangguan itu, tersembunyi sebuah kerajaan purba yang dikunci oleh sumpah gelap yang kini mula bangkit dari tidur panjangnya.

Tiga hari selepas kehilangan itu, penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan mayat budak lelaki tersebut dalam keadaan yang sangat mengerikan.

 Tubuhnya telah mereput seolah-olah telah mati berbulan lamanya. Keadaan itu mengundang ketakutan dan kebingungan.

Lebih menakutkan, kejadian itu bukan yang terakhir.

Satu demi satu kanak-kanak mula hilang tanpa jejak. Dan setiap kali mayat mereka dijumpai, semuanya berada dalam keadaan sama , reput, kering, dan seolah-olah waktu telah berlalu dengan pantas hanya pada tubuh mereka. Sedangkan, mereka baru sahaja hilang beberapa hari.

Penduduk mula percaya bahawa ini bukan kerja manusia.

Ada sesuatu yang telah terjaga. Dan ia lapar.

Arnab itu bukan sekadar bayang-bayang dalam mimpi.
Ia adalah utusan.
Dan kampung itu... telah terlalu lama melupakan amaran sebenar.

_________________________________________

"AKU TEBUS APA YANG KAU SUDAH JANJI"

Highest Rangking

# 1 Horor
# 1 pengembaraan
# 2 sumpahan

Start : 23/7/2025
End : ??
All Rights Reserved
Sign up to add WHAT THE VILLAGE FORGOT | OG to your library and receive updates
or
#502dark
Content Guidelines
You may also like
HEROES IN MY HEART by GuzelHeart
60 parts Ongoing
Wajah cantik yang dimiliki tidak seindah hidupnya. Sedari usia 10 tahun HAZEL SAFINA ditinggalkan ibunya. Lalu, dia hanya mencintai sang ayah yang setia menjaganya dengan tulus. Namun, semuanya berubah apabila si ayah yang tersayang menikahi wanita lain. Semenjak dari hari itu, hidupnya berubah seratus peratus. Dia dihalau oleh ayahnya kerana onar yang dicipta sendiri. Tanpa dia sedar sebenarnya ada tangan yang mengatur agenda. Melenyapkan namanya sebagai pewaris tunggal HS2 holdings. Dia hilang di sebuah kampung dan diselamatkan oleh sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran agama. Di situ dia kenal erti hidup. Dia kenal erti hubungan darah dan di situ juga dia kumpulkan semangat untuk kembali semula kepada ayahnya. Kerana dia sedar semua orang menganggapnya sudah mati lalu, dia menyamar. Namun, penyamarannya mengundang syak wasangka ketuanya di tempat kerja baru, AKHYAR ZAINUDDIN. Kerana itu mereka selalu bertekak. "Siapa kau sebenarnya. Kerani tapi boleh pakai kereta mewah. Kau jual tubuh?" - AKHYAR "Maaf. Ingat kerani ni sengkek sangat ke. Saya tak ada masa lah nak main jual beli haram ni?" - SAFINA "Atau kau musuh Dato' Hamzah? Masuk ke sini sebab nak mengintip dan menghancurkan HS2?"- AKHYAR Mendengar saja nama itu hatinya hancur berkecai. Berjayakah dia meyakinkan lelaki berpangkat dato' itu bahawa dialah si anak yang hilang berbelas tahun lalu. Beranikah juga dia hendak menentang orang dalam yang menjadi punca kehilangannya. Dan... benarkah dalam hatinya ada dua hero yang dia sayang yang membuat Akhyar berundur diri. - Dalam hati ini ada dia dan kamu tetapi berbeza rasa -
CLANDESTINE MEMORIES EXPOSÉ | OG by nzssyinn
35 parts Ongoing
Canessa, seorang gadis yang hidup dalam cengkaman masalalu, membawa luka yang dalam akibat kekejaman ayahnya dan ibunya yang meninggalkan dia kerana harta. Belum lagi pengkhianatan yang dilakukan oleh lelaki yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya. Masa kecilnya tidak seindah anak-anak lain pada umumnya. Baginya setiap lelaki adalah bayangan dari rasa sakit yang pernah dia rasai. Meskipun ramai yang meminta gadis tersebut menjadi pendamping hidupnya, hatinya sudah lama mati, menolak setiap sentuhan dan perasaan. Kemudian, Zaviano muncul. Seorang lelaki yang memiliki segalanya serta menjadi idaman para gadis. Sifat Canessa yang dingin dan berhati batu itu sedikit sebanyak mencabar egonya, lalu dia bertekad untuk mencairkan hati gadis itu dan memilikinya. "I won't stop until your heart melts, Nessa." - Zaviano Rafael Seiring berjalannya waktu, Canessa mula meruntuhkan dinding yang dia bina. Sedikit demi sedikit, dia membenarkan Zaviano masuk ke dalam hidupnya, sehingga dia mula percaya bahawa mungkin ada lelaki yang berbeza. Namun, tepat pada saat kepercayaan itu mekar, rahsia-rahsia gelap Zaviano mula terbongkar. Masa lalunya yang rumit bukan sahaja mengejutkan, malah mengancam untuk menghancurkan segalanya. "Thanks for everything that you did to me and congrats on breaking this trust." - Canessa Rina Mampukah Zaviano mengembalikan kepercayaan yang dibina Canessa untuk dirinya? Atau Canessa akan kembali membenci semua lelaki seperti sebelumnya, dan bagaimana jika ada satu lagi rahsia yang lebih gelap menanti di sebalik pengkhianatan ini? - every secret waits to be revealed - #100%ideasendiri #supportsecstory #tidaksukabolehskip #janganlupaletakbintang⭐ ⚠️slow update ya readerr‼️⚠️ 🚫plagiat is not allowed‼️🚫 start: 17 September 2025 end:-
You may also like
Slide 1 of 10
HEROES IN MY HEART cover
SENDIRI [ BY F] cover
GERBANG DUA DUNIA : PEWARIS KEMBALI [OG] cover
CLANDESTINE MEMORIES EXPOSÉ | OG cover
SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (HIATUS) cover
RIZMAN BARAN [OG] cover
Babygirl kepunyaan mafia cover
Fierce in Silence cover
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit cover
Andalas Megantara: Misteri Asrar cover

HEROES IN MY HEART