Her Shields : The HeartGuards [COMPLETE]
 52 parts Complete MatureHER SHIELDS: THE HEARTGUARDS
Dilarang menggunakan nama character tanpa kebenaran, Dilarang meniru sama sekali setiap jalan cerita yang telah dipaparkan disini. Hak Cipta Terpelihara, Copyright Reserve 📢🚫
Soundtrack for Her Shields: The HeartGuards  🎼:
J.F Feat Azlan The Typewriters - Kuasa
Dalam dunia yang dipenuhi kuasa dan rahsia, dua hati sanggup mengorbankan nyawa dan jiwa demi seorang gadis yang tidak pernah meminta untuk dijaga, apatah lagi dilindungi.
Afrina Qaireen, gadis berdarah bangsawan. Dilahirkan dalam kemewahan, dibesarkan dalam kawalan. Namun hidupnya berubah sekelip mata... apabila dua pemuda dari masa silam kembali, bukan sekadar membawa cinta tapi juga janji dan sumpah untuk menjadi pelindung jiwanya.
Tengku Rahman Jayden, pewaris berdarah luka. Lelaki yang menjadikan keberanian dan kesetiaan sebagai prinsip hidupnya yang utama dan sanggup berjuang hingga titisan terakhir demi gadis itu.
Tengku Zafran Nazrin, berdarah Spanish-Malaysia. Dia hadir dengan pesona, tapi disebalik senyumannya tersimpan kisah keluarga yang rumit dan hati yang tidak pernah kenal erti tewas dalam perjuangan cintanya.
Namun segalanya mula bergolak apabila kehadiran Tengku Mikael Zulkarnain, pemuda misteri yang menyimpan dendam berdarah. Dia tidak peduli siapa yang perlu tumbang dan siapa yang patut dihapuskan, asalkan luka lamanya dibayar dengan kehancuran yang lebih memedihkan.
Empayar milik Tun Harith Jauhari, bapa kandung Afrina, menjadi medan perang antara cinta, kuasa dan pengkhianatan. Ketika dunia mula retak, cinta turut diuji oleh kebenaran yang menghancurkan.
Siapakah yang akan kekal di sisi Afrina Qaireen... apabila "Dua Hati Pelindung Mula Berperang Di Medan Cinta Yang Sama"?
Kerana dalam dunia penuh tipu daya..... Kadangkala, pelindung juga mampu menjadi pemusnah.
P/S : Wajib baca "Syed Aryan: His Bright Bloodlines" dulu untuk faham lebih pasal jalan cerita "Her Shields: The HeartGuards" ni.....
Start : 27/07/2025 
End : 04/09/2025