Iera Dahlia , seorang peguam tegas dan terkenal dengan sikap garang di mahkamah, menyimpan luka lama akibat pertunangan yang gagal. Dia kuat dalam kerjaya, tapi lemah dalam bab cinta. Dua sahabat baiknya, Qistina - seorang doktor hebat pemilik hospital, dan Auni - pemilik butik terkenal, menjadi tempat dia bersandar setiap kali hati rapuh.
Satu hari, mereka bertiga menunaikan umrah bersama. Di sanalah, hati Iera mula perlahan-lahan kembali tenang, walaupun dia masih takut membuka ruang untuk cinta baru.
Namun kepulangannya ke Malaysia merubah segalanya apabila dia dipertemukan dengan Damien Handrean, seorang commander TUDM & ketua pasukan elit Black Dragons - pasukan tentera paling berkuasa yang penuh rahsia. Damien, lelaki tegas di medan perang, jatuh cinta pada Iera sejak pertama kali melihatnya.
Berbeza dari lelaki lain, Damien tidak terburu-buru. Dia mendekati Iera perlahan-lahan, menunjukkan usaha & kesungguhannya sehingga hati Iera yang keras akhirnya terbuka. "i will come back for my treasure," adalah janji terakhir Damien sebelum berangkat ke medan perang, meninggalkan Iera yang menunggu dalam doa dan harapan.
Sepanjang kisah ini, bukan hanya Damien - sahabat-sahabat mereka juga punya kisah tersendiri:
Qistina akhirnya menerima cinta Zayne Handrick, commander TLDM yang sudah lama memendam rasa.
Auni bahagia bersama tunangnya, Zayqhal, anggota Black Dragons yang terkenal dengan sifat penyayang.
Antara misi ketenteraan, rahsia Dark Dragons, persiapan perkahwinan, dan detik-detik manis selepas perkahwinan, kisah mereka bukan sekadar tentang cinta - tetapi juga tentang kesetiaan, persahabatan, dan keluarga yang melindungi antara satu sama lain macam harta paling berharga.
Kerana bagi Damien, Iera bukan sekadar isteri... dia adalah "treasure" yang akan dilindungi selamanya.
Namun ia tidak akan terhenti disitu sahaja, masih banyak plot twist yang akan muncul.
Sign up to add πππππ ππππππππ, πππ'ππ ππ ππππππππ to your library and receive updates
Cerita akan diupdate setiap hari jam 8.30 malam.
πSangat straight utk sya maklumkan. Cerita ini ada banyak babak2 dewasa. Yg memerlukan seseorang yg berfikiran terbuka sahaja utk membacanya.
Kisah ini sangat dekat dengan saya..kerana Maria ada kisah sebenar seseorang walaupun tidak sama 100%.
Aku bukan kedekut tapi aku tamak jika melibatkan barang milik aku. Tapi apa aku harus buat jika ada yang masih terpelihara datang menyerah diri. - Zafrul Jafni.
"Kahwin dengan saya." Maria Jane
"Kahwin? Kau ingat kahwin tu boleh selesaikan semua masalah ke?" - Zafrul Jafni
Kahwin? Itulah jalan penyelesaian? Tapi... 10 syarat seorang Zafrul Jafni harus dipatuhi. Salah satunya,
"Kau mesti pergi bila aku kata pergi. Rasanya kau pun tahukan, aku memang tak akan simpan kau lama. Seorang Zafrul Jafni memang untuk susah setia."
Wahai Maria, bertabahlah. Tapi macam mana pula soal hati? Mampukah dia bertahan hanya semata-mata lelaki itu seorang suami.
"Ingat Maria, kalau lelaki tu sentuh diri kau tadi. Aku memang tak akan kutip kau balik. Walaupun beribu kata maaf yang kau bagi..."
Maria... Jika senyuman yang Zafrul mahukan. Senyumlah walau hati sendiri dirobek berkali-kali.