Nanase Rina gadis biasa di Konoha. Rina kehilangan kedua-dua ibu bapanya sejak bayi. Tanpa mengetahui asal usulnya, dia membesar di bawah jagaan desa, menyimpan senyuman ceria seperti Naruto... namun di sebalik tawa itu, tersembunyi kenangan kehidupan lampaunya sebagai Yuki seorang gadis dari dunia lain yang penuh derita.
Rina cuba menjalani hidup sebagai pelajar biasa di Akademi Ninja. Namun kuasanya, bersama ingatan masa silam, mula menarik perhatian ramai, termasuk Sasuke Uchiha.
Dalam dunia yang menilai seseorang berdasarkan asal keturunan dan kekuatan, Rina memilih untuk melindungi, bukan membanggakan. Ketika ujian demi ujian menguji dirinya dari latihan akademi hingga ujian persisihan yang tidak diketahui. Rina mula menyedari takdirnya tidak sekadar menjadi ninja biasa.
Dia adalah warisan dua dunia. Dan kisahnya... baru sahaja bermula.
Todos los derechos reservados