Dalam kota Seoul yang tidak pernah tidur, tersembunyi kisah seorang wanita bernama Choi Aera, penyanyi kelab malam yang hidupnya dibayangi masa silam dan rasa kehilangan. Di sisi Aera, tinggal seorang kanak-kanak bernama Kang Hyun-jae, anak yang bukan lahir dari rahimnya, tetapi menjadi denyut nadi untuk terus bertahan. Aera bukan ibu sempurna, tetapi dia mencuba-meski sering dihantui rasa takut untuk mencintai sepenuhnya.
Ketika seorang lelaki bernama Han Taejoon, pemilik kedai makan kecil yang tenang, mula mengisi ruang kesunyian Aera dan Hyun-jae dengan kehadiran yang sabar, kehidupan mereka perlahan-lahan berubah. Namun, bayang masa lalu muncul semula dalam bentuk Kang Minwoo, lelaki yang pernah meninggalkan Aera bersama seorang bayi, dan kini menuntut semula 'haknya'.
Dalam kekeliruan antara kasih, pengorbanan, dan keberanian memilih, muncul pula Danny Kim-lelaki yang pernah berjuang dalam diam, tapi kini terpinggir oleh takdir. Ketiga-tiga mereka berdiri pada garis takdir yang saling bersilang, berjuang untuk satu hal yang sama: keluarga.
"Langit Malam Tanpa Bintang" adalah kisah tentang cinta tanpa suara, luka yang diwarisi, dan harapan yang dilahirkan semula di bawah hujan-sebuah kisah keluarga, bukan melalui darah, tetapi melalui keberanian untuk tetap tinggal walau seluruh dunia meminta untuk lari.
Dua pewaris kacukan - Tengku Emir Leonov Shah dan Tengku Arif Alexander Zafri. Dua-dua CEO muda, kaya, ada segalanya... tapi satu benda yang buat hidup mereka huru-hara: dendam dan persaingan!
Daripada berebut kuasa syarikat, lama-lama mereka mula perasan... ada sesuatu lain yang wujud antara mereka. Perasaan yang tak dijangka. Tarikan yang makin susah nak dinafikan.
Tapi dalam dunia penuh rahsia, permainan keluarga, dan kuasa besar ni, mereka kena pilih: nak terus jadi musuh... atau ikut takdir yang mungkin satukan mereka?
✨ Takdir Dua Tengku - cerita tentang cinta, kuasa dan pengkhianatan dalam dunia orang-orang elit.
⚠️ Nota: Kisah ini bergenre BL (Boys' Love). Hanya untuk pembaca yang selesa dengan tema ini.