AIDID ALFIAN: KITA BERMULA SELEPAS AKAD
KNOWN AS CINTA YANG SUCI
Dua hati yang tidak pernah bersua, tidak pernah bersapa namun dipertemukan oleh takdir yang ditulis tanpa sempat diminta. Kedengaran kolot? Mungkin. Tapi ada sesuatu tentang aturan Ilahi yang selalu hadir dengan cara paling tak terduga.
Dalam sekelip mata, hidup mereka berubah. Sebulan untuk bertunang. Dan pada hari raya ketiga, sebuah ikatan sah terjalin. Cepat dan mengejutkan seolah-olah mereka melangkah ke dalam perjalanan yang belum sempat difahami.
Sebuah kemalangan kecil menemukan mereka buat seketika, cukup untuk mencuri pandang dan degupan jantung yang tiba-tiba menjadi asing. Namun mereka berlalu, menganggap itu hanyalah pertemuan dengan orang asing... tanpa tahu hati masing-masing sudah mula menyimpan sesuatu.
Dan saat lafaz itu terucap pada hari raya ketiga, segalanya menjadi kenyataan bahawa takdir tidak pernah bergurau.
"Habib akan tunjukkan... bercinta selepas kahwin itu indah. Sebab apa yang kita rasa ini Adalah cinta yang suci. Dan habib serahkan semuanya pada Ilahi."
Dalam senyuman yang sederhana dan sentuhan yang lembut, terukir janji yang tidak perlu diungkap panjang. Di hadapan mata yang menjadi saksi, sebuah kisah tentang dua hati yang tidak pernah saling mengenal, tetapi ditakdirkan untuk jatuh cinta... selepas mereka sah menjadi milik satu sama lain.
TERBIT DIBAWAH PENERBITAN HE DYNAMIC PUBLICATION
COMPLETE: 14/3/2024
REVAMP NEW LAUNCHING: 19/5/2026