Dr. Iris, seorang pakar bedah muda yang bersinar dalam dunia perubatan, hidup dengan satu prinsip-jangan sesekali libatkan emosi dalam rawatan. Tapi prinsip itu mula runtuh apabila seorang lelaki tanpa identiti, dengan luka lama yang membisu, melangkah masuk ke bilik rawatannya, penuh luka yang teruk pada tubuhnya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Hazim Akasyah. Tiada rekod, tiada alamat, hanya sepasang mata hitam pekat yang memandang seolah-olah menelanjangi jiwa. Pada helaian pertama, Hazim kelihatan seperti pesakit biasa sahaja, datang ke hospital untuk merawat luka. Namun semakin lama Iris menyelami fikirannya, semakin dia terperangkap dalam permainan halus antara khayalan dan realiti. Iris mula mendengar suara Hazim dalam fikirannya. Dia mula memimpikannya di waktu malam. Dan bila dia cuba menjauh, Hazim muncul semula... kali ini bukan sebagai pesakit, tapi sebagai lelaki yang mendamba dirinya dengan tekad. Setiap sentuhan Hazim membuatkan Iris hilang nadi rasional. Tapi di sebalik bibir yang membisik cinta, tersembunyi racun yang mampu meragut segalanya. HAZIM ADALAH SEORANG PEMBUNUH! Tatkala kebenaran dibuka, mampukah Iris menerima Hazim? Adakah bahagia akan tergadai di tengah jalan? Dalam dunia yang kabur antara cinta dan darah, Iris harus memilih. Adakah dia sanggup melepaskan lelaki yang menjadikan jiwanya medan perang? Atau dia akan menyerah-dan jatuh cinta kepada seseorang yang mungkin... pembunuh sebenar dalam hidupnya? Amaran: Cerita ini mempunyai babak yang sangat grafik, kejam dan ganas. Penggunaan bahasa di dalam cerita ini juga agak kasar. Budi bicara pembaca adalah dinasihatkan. • Cerita ini hanya akan disambung selepas Rehana Nuraisa tamat dan hanya akan diupload ke Wattpad setelah tamat penulisan. Pembaca dinasihatkan untuk menunggu dengan sabar. Terima kasih.All Rights Reserved
1 part