UNTIL THE LAST MOON

UNTIL THE LAST MOON

  • WpView
    Reads 15
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Jul 30, 2025
" we promised to keep loving - until the last moon lit our sky. But no one told us the moon wouldn't rise tomorrow. " __________________ Kesederhanaan perwatakan yang dibawa oleh Idris telah memikat hati sang puteri Aleya. Walaupun terlihat seperti perigi mencari timba namun tidak mematah semangat sang puteri untuk terus memikat sang raja masuk ke dalam istana. " Astaghfirullahalazim..... awak ni dah kenapa Aleya duk kejar saya selalu? Saya rimas lah." - Idris " Arghh tak kira awak kena jadi suami saya juga." - Aleya Perwatakan Aleya yang bertentangan dengan Idris telah membuatkan anak teruna itu takut untuk mendekatinya.Namun begitu, perwatakan ceria yang dibawa oleh Aleya sebenarnya tersimpan seribu satu kesedihan yang menyebabkan Idris mahu membawa Aleya masuk ke dalam hidupnya. " Saya tak ada kuasa untuk melawan keluarga awak. Tapi saya ada niat. Dan kalau awak izinkan, saya nak jadikan awak isteri saya. Supaya saya boleh jaga awak secara sah tapi tulah awak sanggup ke hidup susah dengan saya? Saya takde kereta BMW atau Ferrari tau. And paling penting muka saya taklah sehensen Charles Leclerc." - Idris " Halah halah kalau duit banyak tapi tak cukup kasih sayang buat apa. Saya rela duduk sederhana and tengok muka awak yang lagi berganda hensem dari Charles. Btw, awak serious ke dengan lamaran ni?" - Aleya Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari - itulah perumpamaan yang dapat digambarkan dalam bahtera cinta Idris dan Aleya.... Siapa sangka rahsia yang tersimpan oleh kedua-duanya berakhir dengan air mata di bawah sinaran terangan bulan.
All Rights Reserved
#13
shortnovel
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • HELLO QASWAR
  • Permission to Fall, Prof!
  • Forever Isn't What We Promised
  • Racing King
  • Takdir terakhir kita [C]

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

More details
WpActionLinkContent Guidelines