Story cover for [OG] Hikayat Legenda Masa  by yuyuliora
[OG] Hikayat Legenda Masa
  • Reads 55
  • Votes 8
  • Parts 15
  • Reads 55
  • Votes 8
  • Parts 15
Ongoing, First published Jul 25
1 new part
[ONGOING]

Sebuah hikayat bermula bukan dengan peperangan, tetapi dengan satu kesilapan dan satu pertemuan yang tidak dirancang. Di antara dua zaman yang terpisah oleh takdir, seorang lelaki dari dunia moden tersesat di tanah yang ditelan legenda. 

Pada suatu zaman dahulu di sebuah perkampungan yang damai, tinggallah seorang gadis bernama Melur, anak kepada tukang ukir diraja yang hidup bersederhana. Melur bukan bangsawan, bukan juga hamba tetapi hanya gadis biasa yang mencintai tanah airnya dan langit biru di atas bumbung rumah kayu mereka.

Namun takdir berubah saat satu malam kilat membelah langit dan muncul seorang lelaki asing di tepi sungai berpakaian pelik, bercakap seperti orang tidak waras, dan membawa alat aneh yang mampu bercahaya. Dialah Adrian, lelaki dari masa hadapan yang terperangkap dalam pusaran masa setelah projek sains rahsia merentas zaman tersilap kira.

Tatkala langit mula retak dan tanah menggigil oleh kuasa yang tidak diketahui puncanya, dua jiwa asing disatukan oleh sesuatu yang menyimpan keberanian dalam diam, dan sekutu-sekutunya yang setia berdiri, menunggu saat yang belum pasti.

Namun apabila perjuangan usai dan kebenaran ditegakkan, Adrian perlu pulang atau hilang selama-lamanya dalam zaman yang bukan miliknya. Di manakah batas masa jika hati belum mengalah?

Cinta dan keberanian mereka tidak ditakdirkan, tetapi perjuangan mereka akan kekal dalam sejarah yang tidakk pernah ditulis.



Start: 31 July 2025
Finish:
All Rights Reserved
Sign up to add [OG] Hikayat Legenda Masa to your library and receive updates
or
#12perjuangan
Content Guidelines
You may also like
SELEMBUT KASIH AZALEA by wasyaalaysha
12 parts Ongoing
𝐒𝐡𝐞 𝐡𝐚𝐬 𝐚 𝐛𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐞𝐲𝐞𝐬, 𝐀𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞 𝐞𝐲𝐞𝐬 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐥𝐨𝐨𝐤 𝐬𝐡𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠. TENGKU RYAN NOAH. Hidupnya jauh dari kata bahagia. Kebahagiaannya diragut setelah ibunya pergi ke negeri abadi kerana sakit yang dialami selepas beberapa tahun melahirkan anak kedua. Kosong. Jiwanya mati untuk merasakan cinta. Ingin melihat hidup ayah dan adiknya menderita, itu matlamat hidup Ryan. Namun setelah berjumpa dengan Darlena, hidup jejaka itu kembali bersinar. Sifat dan tingkah Darlena Anthea sangat sama dengan peribadi seorang Puan Azalea. Ryan jatuh cinta dengan apa adanya pada Darlena. Tanpa Darlena sedar, dia sebenarnya telah pun jatuh hati dengan lelaki itu juga sejak awal perkenalan. Perasaan bahagia itu hanya dirasakan pabila bersama Ryan. "Kalau awak setuju kahwin dengan saya, satu saja saya minta. Setia dengan saya walau siapa pun saya" - Ryan Noah "Boleh. Tapi kita tinggal di rumah keluarga awak" - Darlena Anthea Kepulangan Fariez dari luar negara, seperti merampas kabahagiaan Ryan. Sifat peramah Fariez itu membuatkan Darlena senang duduk dengan adik iparnya. Sudahlah kelakar, baik pula itu! Dan Ryan, jejaka itu dibakar dengan api cemburu setiap kali melihat Darlena tersenyum kerana Fariez. "Anthea. It's a beautiful name. You remind me to someone. Seseorang yang menjadi kebahagiaan Ryan" - Fariez Jayden "Tolong la, susah sangat ke sayang nak dengar cakap abang?! Abang tak suka dia dan tak akan pernah terima dia sebagai keluarga abang!" - Ryan Noah Berjayakah Darlena melembutkan hati suaminya? Atau cinta dan kasih diantara mereka akan mula terpadam? Start:26/2/22 End:
I AM NOT FOR SALE [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
12 parts Complete
Warning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sahaja macam kaya tapi hanya orang kampung biasa. Tahap kesombongannya kalah orang bandar. nak pikat? Di beri bunga, di buang ke tong sampah. Di bagi cincin, di ambil tapi bukan tuannya. Di beri rumah, tengok berapa tingkat dahulu Di beri duit, come to me baby sayang. Semua lelaki yang ingin memikatnya hanya dipandang sebelah mata sahaja. jangan dikata pandang, jeling pun tidak mahu. tetapi jika, Nik ashraf. bunyi tapak kaki sahaja sudah buat dia tercari-cari di mana lelaki itu berada. mengapa? kerana dia kaya, dia mempunyai rupa, dan dialah putera bagi Neldia Rose. Tetapi apakan daya, cinta itu telah dirampas oleh musuh kampungnya. Adinda. gadis ayu kampung yang menjadi rebutan para lelaki alim. siapa tak jatuh cinta dengan adinda? dia baik, bukan seperti neldia rose yang Gold digger! hanya kerana tidak mahu terlepas Nik Ashraf, dia sanggup melakukan sesuatu luar jangkaan yang menyatukan mereka berdua. "aku tahu, kau kawin dengan aku sebab nak harta kan? aku boleh bagi kau harta. tapi bukan kasih sayang. kau boleh minta apa sahaja yang kau nak dalam rumah ni, duit, emas, belian and eveything. but.. takkan lama."-Nik ashraf. "Kalau i nak sayang you jugak?" "orang gold digger macam kau perlukan kasih sayang ke?" mulanya mahu harta, tapi lama kelamaan pabila cinta mula mengetuk pintu hati. semuanya sudah dilupakan. apakah neldia rose akan tetap menjadi isteri mata duitan dimata nik ashraf? "Kalau nak harta, kenapa perlu mahu hati? cinta itu kan buta dan takkan kekal lama?"-Neldia Rose. Beautiful cover by @CIK_ZALIKHA
You may also like
Slide 1 of 10
Bilik Sewa cover
SELEMBUT KASIH AZALEA cover
SU | Sebelum Cahaya Padam  cover
Di BALIK TUBUH ISTERI KU 2 cover
K A L I M A H  cover
keluarga sumbang cover
I AM NOT FOR SALE [NOVEL] cover
KERANA SUAMIKU cover
HALYN : WIFE FROM THELESIA cover
Kimia (Sudah Terbit) cover

Bilik Sewa

17 parts Ongoing

Cerita fantasi aku.. tiada kaitan dengan sesiapa.. Aku Adam, aku telah menyewa sebuah bilik di kawasan putrajaya. banyak perkara yang tidak terduga berlaku.. Perkenalan aku dgn seorang lelaki berusia dalam arena politik yang ku gelar Tuan Adi Yahya(Pakcik)