[MALAY VERSION]
*Ade la jugak language Korean.. but sikit jaa.. more kepada Malay
Dulu, dia hanyalah seorang gadis yang terlalu mudah percaya.
Kepercayaan itu mengorbankan segalanya dan mengkianatinya.. Nama, maruah, dan seluruh hidupnya. Dia hilang dalam gelap yang dicipta oleh orang yang dia cinta dan orang yang dia percaya sepenuh hati.
Dan di saat semua fikir dia sudah mati... dia sedang berubah.
Menjadi sesuatu yang lebih tajam. Lebih berbahaya. Lebih indah. Bersama zuriatnya.
Kini dia kembali. Dalam diam. Dengan nama baru. Dengan wajah baru.
Dan dengan dendam yang tersusun seperti bunga mawar berduri.
Namun, takdir mempermainkan rancangannya apabila dia bertemu Kim Jun-Myeon.
Lelaki yang sepatutnya menjadi halangan... tapi kini jadi satu-satunya kelemahan.
Kerana cinta yang pernah menghancurkannya, kini hidup semula... dalam mata lelaki yang dia tak sepatutnya cintai.
Dia datang untuk menghancurkan.
Tapi mungkinkah... dia pula yang akan hancur? Dia tak peduli, yang penting dendamnya terbalas bersama zuriatnya dalam mempertahankan haknya.
*Bacalah korang.. support kita erk?? Lope you guys. Kalau sama tu, kebetulan ja yea, penat cheq pikior plot citer nie
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya.
Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya.
Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya.
Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.