Arrissa, gadis ceria dari pinggir kota, memasang impian tinggi untuk menjejakkan kaki ke luar negara. Doanya dimakbulkan - satu lembaran baru bermula di sebuah kota asing yang penuh wajah yang tak dikenali.
Di sana, dia bertemu seorang jejaka yang bukan hanya sombong, tapi menjengkelkan tahap dewa. Entah kenapa, setiap langkah mereka saling bertembung - dan setiap pertemuan hanya menambah benci.
Namun, kota asing ini perlahan-lahan mengubah mereka. Dalam diam, benci bertukar rindu, dan asing bertukar mesra.
Dalam kota yang tak pernah dijanjikan, Arrissa temui cinta - yang dia sendiri tak sangka akan wujud.
Kerana kadang-kadang, hati tak memilih tempat untuk jatuh.