Universiti Crownvale, nama dan pengaruh adalah mata wang yang paling mahal. Dan takhta tertinggi dipegang oleh lima pelajar elit, Echeleon Five. Digilai. Ditakuti. Tidak tersentuh.
Tetapi semuanya berubah apabila Hael Iskandar melangkah masuk ke kampus dengan matlamat tunggal. Hasratnya untuk membongkar misteri kematian adiknya, Harith Daniel, yang disembunyikan di balik sistem korup Crownvale.
Satu-satunya petunjuk? Sebuah video terakhir. Dan nama terakhir yang Harith sebut dalam tangis dan luka,
"Zenia... tolong aku..."
Namun wanita itu hanya duduk, membisu, menyaksikan. Zenia Alayra, ahli tertinggi Echeleon Five yang langsung tidak terusik emosi. Dalam diam, Hael menghampiri. Tapi apa yang dia jumpa bukan sekadar kebekuan... tapi luka, dan sesuatu yang lebih kompleks dari kebencian.
"You watched him fall." Suara Hael perlahan, tapi penuh bara.
"I watched the system let him die." Zenia membalas tenang, mata tetap tidak berkelip.
"You could've stopped it."
"And so could've you. But you were too late, weren't you, brother?"
Dan dalam bayang permainan mereka, berdiri seorang lelaki yang tidak pernah belajar melepaskan, Tengku Ashraff Raees. Pewaris berdarah usahawan elit, juga pencinta yang tidak pernah dipilih.
"Aku benci cara kau pandang dia. Zenia is mine." Suara Ashraff keras.
"At least I look at her like she's real. Not some trophy on a shelf," sindir Hael.
"You don't know what she's capable of."
"Neither do you." Terbit senyuman sinis di bibir Hael.
Cinta, benci, dan dendam mula bersilang. Dan kebenaran yang selama ini terkubur di Crownvale, akhirnya mula menggali jalannya ke permukaan bersama darah, air mata, dan harga yang tidak semua sanggup bayar.
Dalam permainan penuh muslihat, rahsia dan dendam...
adakah kebencian cukup kuat untuk menolak rasa yang semakin menular?
Atau... cinta itulah kelemahan yang akan menjatuhkan segalanya?
[STAND ALONE]
𝐐𝐚𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐲𝐚𝐥 𝐊𝐡𝐚𝐧 & 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐘𝐚𝐬𝐦𝐞𝐞𝐧
Two souls, one gaze, love found its voice.
Minat yang mendalam terhadap sejarah telah membawa Nuwaira Yasmeen ke Kashmir. Sesi penyelidikan dilakukan sebelum dicoretkan di atas buku jurnal. Selain Kashmir, Lahore, sebuah negeri di Pakistan yang terkenal dengan budaya cinta klasik menjadi pilihan hati. Sejarah Islam Mughal menghambat hati Nuwaira.
Di lembah Kashmir yang berbalut salju, takdir mempertemukan dua rohani asing. Nuwaira... bersama seorang jejaka misteri bermata hazel biru yang di pandangan Nuwaira menyimpan duka di sebalik tatapan indahnya.
Tiba di Kashmir bersama hati penuh impian, Nuwaira mencari ketenangan di sebalik gunung bersalju. Tidak jangka rancangan Allah itu sentiasa cantik, bertaut rapat dengan Qais Daniyal Khan, anak kepada pelakon lelaki Hindustan kegemarannya, Hamza Bilal Khan. Wajah yang jarang terlihat akibat dua puluh empat jam berbalut separuh muka, namun sorotan mata hazel tidak berjaya perbodohkan Nuwaira.
Pertemuan demi pertemuan di jalanan sempit Srinagar, di pasar yang penuh warna, hingga di tepi tasik Dal yang tenang, menumbuhkan getar halus yang sukar untuk mereka nafikan. Semakin mengenali, semakin tersingkap rahsia yang mengikat akan kisah silam dua keluarga yang pernah terpisah kerana cinta yang dilarang.
Sejarah seolah-olah cuba berulang, menuntut mereka untuk menyambung kisah yang terbantut.
Rahsia silam yang bertali arus dengan sejarah pahlawan yang pernah menjaga lembah tertentu di Kashmir. Kisah yang berabad lalu terkubur, perlahan-lahan digali semula oleh dua jiwa yang akhirnya merakam semula cinta lintas sempadan India dan Pakistan.
Hazel in Kashmir menjadi bukti sejarah yang pernah wujud, dan mengikat semula tali antara dua jiwa.