Story cover for Bunga Dalam Genggaman Syaitan-tengku's Sweetheart by nadirasuha
Bunga Dalam Genggaman Syaitan-tengku's Sweetheart
  • WpView
    Reads 150
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 7
  • WpView
    Reads 150
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 7
Ongoing, First published Jul 28
Mature
--

Bunga Dalam Genggaman Syaitan

✧ Sebuah novel dark romance oleh NadiraSuha ✧

> "Aku bukan tebusan biasa. Dan kau bukan penyelamat yang aku perlukan."



Nur Adriana binti Mohd Taib, seorang gadis berusia 23 tahun, terperangkap dalam permainan licik yang dirancang oleh seorang lelaki berdarah bangsawan - Tengku Muhamad Ryan Iskandar bin Tengku Muhamad Idris. Di sebalik wajah tenangnya, Ryan menyimpan rahsia dan luka masa lalu yang membentuknya menjadi seseorang yang penuh manipulasi.

Adriana tidak tahu kenapa dia menjadi sasaran. Diculik tanpa sedar oleh orang-orang yang dibayar, dipenjara dalam rumah mewah yang terasa seperti neraka. Dia cuba melawan, cuba lari - namun setiap langkahnya seakan sudah dijangka.

Dalam setiap jerat dan tekanan, perlahan-lahan muncul sesuatu yang lebih membingungkan daripada ketakutan - perasaan. Tapi adakah perasaan itu cinta... atau sindrom Stockholm yang membunuh logik?

> Bila bunga yang indah itu digenggam oleh syaitan, mampukah ia terus hidup... atau layu dalam dosa dan luka?


---
All Rights Reserved
Sign up to add Bunga Dalam Genggaman Syaitan-tengku's Sweetheart to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
[OG] Her Angel by IzzIman_27
60 parts Ongoing
[SLOW UPDATE] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRINGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance-thriller #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #2 Wattpad Malaysia #3 Cinta selepas nikah #5 Revenge #6 Bromance #7 Clingy #7 Romance #10 Cute Start published: 1/1/2025
[ SU ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
53 parts Ongoing
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
124 parts Complete
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
You may also like
Slide 1 of 10
KESAYANGAN TUN cover
[OG] Her Angel cover
[ SU ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum cover
Disebalik cover
Of Ruins and Roses cover
Meant To Be cover
Takdir terakhir kita | OG cover
Tengku Devyn Aryan : Melting the Cold cover
K.I.S.S 🔞 cover
Cinta Yang Telah Mati [ C ] cover

KESAYANGAN TUN

6 parts Ongoing

Unedited version! (may contain typos, repetition, and messy structure). 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐚𝐚𝐢𝐥 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 [Drama + Romance] [Spin-off Manuskrip] "Awak dan adik-adik ialah kesayangan saya. Macam mana saya berkorban untuk adik-adik, macam tu juga saya berkorban untuk awak." Mula: 1/1/2025